Friday, October 17, 2014

Percutian Ke Bali : Day 2

Okay… ni kisah hari ke 2 pula

Aktiviti-aktiviti hari ni ;
  • ·         Pagi – jalan ke Kuta beach ( 5 minit dari hotel nak tengok sunrise) tapi failed! Tak bangun! Haha
  • ·         Breakfast dekat Starbucks, jalan-jalan area Kuta street
  • ·         Water sport at Tanjung Benoa
  • ·         Uluwatu cliff (tengah hari sampai sunset)
  • ·         Kechak dance

Disebabkan kami penat semalam, bangun pun terlambat… astagfirullah… hehe. Jadi minta driver tu datang tengah hari saja






Jadi jalan-jalan along kawasan pantai Kuta, 5 minit saja dari hotel. Boleh singgah beli souvenir sebab banyak kedai baru buka. Kira macam pelaris la kalu beli awal-awal pagi tu. Dapat la magnet fridge dalam 3 Rp10,000. Bargain, kalau boleh separuh dari harga peniaga sebut.

Water sport at Tanjung Benoa

Tempat ni memang famous untuk segala macam water sport. Tapi aku rasa tertipu. Harga dia sebut dalam dollar, aku jadi blur. Pandai pulak taktik dia. Dah suruh pak supir tu bawa pergi tempat paling murah, better cari online tempat termurah, dan suruh dia pergi tempat tu.

Ada, tapi kena tempah online, dan bayaran online banking bank Indonesia sahaja. Susah juga.

Ada tengok sorang blogger kena dalam Rp 700,000 okay, untuk scuba diving sahaja, pastu camera dia semua dia charge sewa.

Aku kena dalam Rp 950,000 untuk dua water sport. Scuba diving dan parasailing. Dapat CD okay, ada gambar, ada video.

Tapi hampeh, angin tak kuat, kena tukar parasailing, naik donut je. Hadoi. Donut ni pelampung mcm donut. Ko duduk je dlm tu pastu bot seret. Nak tertidur aku. Haha

Tapi takpe lah, tempat mana lagi ko nak scuba tanpa lesen. Pasni aku nak buat lesen. Memang seronok sangat ada bawah air tu. Tengok ikan comel-comel.


Memang berdebar dan panik mula-mula sebab rasa cuak open space sangat. Lepas tengok ikan-ikan, haihh lupe dah semua takut.

Uluwatu cliff (entrance fee Rp 20,000)

Tempat ni cantik sangat. Memang tak puas mata memandang. Walaupun jauh jalan, tapi worth it.

Kat sini banyak monyet, jadi hati-hati benda yang tergantung macam camera ke, spek mata ke. Monyet tu boleh suka-suka hati dia je ambil barang. Nasib terus campak pegi laut. Haha




Kechak dance (fees Rp 100,000)

Kami tunggu sampai sunset. Kat situ ada buat kechak dance. Sebenarnya banyak je tempat kechak dance ni buat. Tapi macam special sikit kot sane sebab open space, dan dia biasa jalankan upacara waktu sunset.
Biasa selalu full house dekat Uluwatu ni, jadi kena pergi awal. Kos tengok adalah Rp 100,000. Mahal kan? Takpa, pengalaman.
Kami pergi tempat lain untuk tengok kechak dance. Menarik!siap ada orang kena rasuk ke ape main api lagi. Bayaran sama je.




Hari diakhiri dengan pergi Hard Rock Café lagi. Aduh pening pale tengok harga baju sana. Tapi harga standard la, tshirt sehelai dalam RM100 gitu kan….


Tunggu entry next day pula. Bookmark okay? Thanks…









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...