Saturday, April 2, 2016

Info : Permohonan Housemanship (HO) Malaysia 2016

Assalamualaikum...

Syukur harini lepas dah satu stage dalam hidup aku iaitu temuduga dengan SPA.

Bagi lepasan luar negara, adalah normal untuk menunggu minima 6 bulan sebelum mendapat pekerjaan. Manakala sebahagian amat bernasib baik terutamanya graduan Mesir di mana mereka berjaya mendapatkan sijil tepat sebelum tarikh tamat untuk mengisi borang SPA8i.

Ni nak cerita dari A-Z permohonan untuk pegawai perubatan gred UD41 di Malaysia.

Sebulan sebelum pulang ke tanah air, adalah elok untuk kalian ready isi borang SPA8i di website SPA tekan tuh. Pastikan segala maklumat tepat, dan jangan lupa untuk tekan perakuan pemohon sebelum submit. Jangan tekan save aje... Dah jadi kat aku lahh...tu lambat tu panggil interview :P
Check tarikh submit permohonan di atas kiri.

Sekembalinya ke tanah air, dengan membawa segala sijil-sijil, urusan yang perlu diselesaikan ialah


  1. Memohon nombor pendaftaran sementara dari MMC
  2. Menghantar Borang Maklumat Diri ke Kementerian Kesihatan Malaysia (selepas mendapat nombor pendaftaran sementara dari MMC)
  3. P/S: Pemohon baru kini akan mendapat nombor pendaftaran sementara MMC hanya selepas ditemuduga oleh SPA. 
  4. Melapor diri pada pemberi biasiswa ( MARA seperti dalam kes saya)
URUSAN DENGAN MMC
  1. Dowload Form 4 & Fitness to practice declaration dari sini dan isi
  2. Sediakan dokumen seperti berikut
    1. ORIGINAL DEAN’S LETTER OR a certified true copy of basic Medical Degree (Please specify date of graduation if not indicated in any of the documents)
      • Bagi graduan India, provisional degree certificate dan internship certificate adalah wajib, serta surat yang menyatakan bahawa institusi itu adalah certified by Indian Medical Council (bagi salinan original)
      • Jika sijil bukan dalam english-sila translate dan sahkan di tempat yang disyorkan
    2. Result transcripts covering the WHOLE course/study duration
    3. A recent passport-sized photograph
    4. Lain-lain dokumen :
      • Salinan IC
      • Salinan sijil kelahiran
      • Salinan sijil SPM
  3. Di dalam Form 4, anda boleh pilih untuk menerima secara pos, atau pergi ke pejabat dan terima by-hand. Pos memakan masa lebih lama. 
    • Dalam kes saya yang duduk pantai timur ni, saya pos segala dokumen dan call pejabat MMC untuk mengetahui sama ada mereka menerima dokumen saya dan adakah ia lengkap, dan memilih untuk ambil by-hand.
    • Tempoh siap ialah 7 hari bekerja dari tarikh terima dokumen. 
URUSAN DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (MOH)

  1. Download Borang Maklumat Diri dari portal KKM.
  2. Isi dan sertakan maklumat serta kepilkan salinan (tak perlu pengesahan)
      • Salinan kad pengenalan
      • Salinan SPM
      • Salinan ijazah
      • Sijil pendaftaran sementara dari MPM
      • Sijil nikah kalau dah kawin :P
...............dah siap!!! Pastikan check berkali-kali dekat portal SPA8i untuk maklumat, kang salah, lambat dapat interview pulak, Tak perlu pun call orang SPA tu, nanti akan dapat mesej dan email untuk panggilan temuduga.

Tips temuduga : Just be yourself, study pasal Malaysia- Government Transformation Programme, UTC, RTC, Klinik 1 Malaysia, dan current health issues- 70% dari markah temuduga. Soalan medical 30% dari markah temuduga, tumpukan pada case emergency dalam medical, orthopaedics, paediatrics dan O & G bermula dari case presentation, symptoms signs, management, treatment, diagnosis.

Tu je,,,daaa~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...