Wednesday, April 29, 2015

Ambil Lesen Motor di India

Assalamualaikum..selamat siang

Harini hari dapat lesen. Yahu! Padahal lagi 6 bulan je nak balik Malaysia. Tapi takpe lah, sebab aku berniat nak bawa balik motor, jadi kang takde lesen jadi masalah pula.

Senang sangat, dan murah sangat nak ambil lesen dekat India ni. Takde kursus-kursus sampai berejam-rejam macam Malaysia. Syukur lah.. Kalau tak ko cakap bahasa sini dalam kursus, mampuih jenuh aku nak mendengarnya.

Kos ambil lesen Rs 1500= lebih kurang RM80 :P

Masa : Lulus ujian lisan, dapat lesen L. Tunggu matang sebulan untuk test memandu, dapat lesen penuh. Pastu tunggu sebulan untuk dapat kad lesen

Kira 2 bulan juga la nak settle semua.

Ujian lisan pula, nak nangis rasa, sebab senang sangat!!! Hahahaha. Tak sampai 2 minit menjawab, tup tup dah dapat lesen L. Dia tanya road punya sign, pastu camana nak bagi signal tangan untuk ke kanan, kiri, untuk perlahan, dan untuk berhenti. Dah. LULUS!

Untuk dapat lesen penuh pula, lepas matang lesen L, pergi dekat macam JPJ ( Sini panggil RTO, Road Traffic Office), bawa motor sendiri, daftar, buat pusingan 8 sekali, buat tanda nak slow down dan berhenti tanpa kaki pijak tanah. Pastu dah, dapat lesen.

Pasni boleh la flip lesen dengan bangganya kalau kena tahan dengan polis. Oh ye, dulu aku selamba je kena tahan aku cakap tinggal kat rumah lesen. Kena saman RM 5. Ye...5 ringgit. Hhahaha.. sebab tu takda inisiatif nak buat lesen.

Ok sekian buat masa ni. Bye!

Tuesday, April 28, 2015

Resepi : Cream Puff Mudah Sedap

Assalamualaikum..

Haritu aku teringin sangat kat cream puff. Tengok kawan post gambar kat Instagram, mampu meleleh ailioq aja. Pahtu kawan aku cakap dia nak buat, jadi aku kata, okay, buatlah. Tunggu punya tunggu tak jadi. Cit...

Aku pun sediakan lah bahan untuk buat. Sebelum tu cari resepi dulu. Pastu aku olah ikut sedap esofagus aku je rase dia.

Mari kita terjah untuk resepi kali ini dari dapur Kokmi.kahkahkah




Resepi Cream Puff Mudah Sedap Gebu

Bahan-bahan:


  • 100 gram unsalted butter
  • secawan/240ml air
  • 1 1/4 cawan gandum atau 140 gram
  • garam sesudu kecil
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

  1. Panaskan oven 200 degree celcius
  2. Cairkan butter dalam air yang dipanaskan atas dapur sampai menggelegak, angkat dari dapur.
  3. Cepat-cepat masukkan tepung dan garam sambil kacau-kacau campuran butter dan air tu sampai rupanya jadi macam mashed potato.
  4. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan tambah esen vanila.
  5. Masukkan sikit-sikit sambil kacau adunan pakai seduk kayu/mixer.
  6. Masukkan adunan dalam piping bag
  7. Picit adunan ke atas dulang pembakar yang sudah dioles dengan butter
  8. Ambil sedikit air dalam mangkuk ke, celup jari dan calit sikit kat puncak adunan tu
  9. Ulang sampai habis
  10. Masukkan ke dalam oven suhu 170 degree selama 15-20 minit
Mula-mula jadi macam ni


Adunan tu nanti jadi camni ha...

Abaikan belakang tu bersepah..kuikui


Krim Kastad :

  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara :

  1. Letak semua dalam kuali, dengan api kecil, kacau sampai pekat dan berkilat, dan tutup api.
  2. Tunggu sejuk dan pekat. Masukkan ke dalam piping bag
  3. Picit dalam cream puff
Sedia untuk makan.

Selamat mencuba!

Monday, April 27, 2015

Study Local atau Overseas?

Hello hello selamat tengah hari selamat siang Assalamualaikum..

Dok tengok kat Facebook kes tweet yang katanya budak overseas ni tahu jalan je kerjenya ye..Aku pun tahu nak berjalan. Tapi duit takdak. Kahkah. Semenjak dapat scholar ni, parents tak bagi duit dah. Kat sini ke, kat Malaysia ke, harus pakai duit sendiri? Tak ke ko nangis. Mane tak habis elaun aku. Ada yang jenis kaya, mak ayah support hidup kat Malaysia time cuti, tak usik elaun. Tapi aku jenis beli barang semua duit sendiri, lagi-lagi ada adik, harus la nak belanja diorang bagai. Mampu krik krik jelah..

Ada pro nya, dan ada kontra nya study overseas ni. Kalau aku, aku pilih untuk study kat Malaysia. Sebab ape? Malaysia best.. Kata aku yang kena duduk study tempat tak best macam India ni lah. Okay, kita tumpukan bab elaun besar, reti nak berjalan, habiskan duit government.

Ye, aku akui elaun banyak. Mula-mula fly dapat USD700. Pastu tahun ni, kerajaan naikkan USD805. Alhamdulillah, syukur. Rezeki. Compare dengan elaun dapat dengan kos hidup kat India ni, memang aku akui ramai dapat simpan duit banyak, tak termasuk aku. Sebab aku ni kureng pandai manage duit. Diorang banyak duit sebab selalu masak, jalan tak banyak. Aku ni ha, sebab duduk sorang, masak tak beria sangat. Tapi stil banyak masak dari makan luar, sebab bukan taste tekak pun.

Pro duduk Overseas:

1. Dapat tengok tempat orang/ jalan-jalan makan angin

Aku tak rase pelik aih diorang nak jalan. Ada yang sampai kerja kot nak simpan duit nak jalan. Kau tak gile ke bila cuti dah penat study, dok terperuk kat bilik, orang pergi tengok tempat-tempat. Memang lah aku pun rasa jeles. Kalau dari India nak pergi Europe, dengan jarak lagi, dengan beza matawang lagi, kena kumpul berbulan-bulan kot duit. Aku tak pelik la kalau diorang nak jalan kat sane pun. Tiket flight tak mahal, pastu diorang dah terbiasa dengan kalau makan sebanyak ni, contoh jumlah die Euro10, tu benda biasa. Kalau aku yang dari India ni, Euro10 nak dekat dengan 700 Rupees, rase nak nangis je bila terkenang boleh makan capati 100 keping sampai pengsan. Hahah..Memang terlebih mampu sangat lah nak guna elaun diorang tu. Abeh, nak simpan duit  pastu nak gi tabur dekat sapa?? Diorang ada hak untuk spend duit la.

Pastu, harus la ambil gambar nak nampak gembira, tempek sebijik dekat Facebook, Instagram, Twitter. Kalau nak riak tu, diorang punya hal lah kan. Ni semua atas niat. Takkan nak post gambar air mate tengah berjurai-jurai depan Big Ben ke, depan Eiffel Tower ke, untuk taknak kasi orang rase jeles. Aku pun jeles weh! Tapi takpe la dorongan kumpul duit, nak merasa jugak kekdahnye.

Kalau kau dapat peluang jugak, menipu sangat lah kau akan simpan duit tak usik je, alasan sebab tu duit rakyat. Kau akan simpan dalam bank, pastu balik Malaysia sedekah dekat rakyat semua ke? Takde punye.

2. Elaun banyak

Betul, elaun banyak. Tapi tengok la kos hidup pula. Dari A-Z kena pakai duit elaun. Dari sewa rumah, bil letrik, bil itu, bil ini, tak kira duit topap telefon nak berjoyah dengan mak pasal hal ehwal semasa dekat kampung lagi. Kan? Kerajaan ni dah bagi elaun, berdasarkan geografi tempat dah, dia dah kaji. Takde nye die terlebih pemurah nak kasi lebih. Orang yang duit banyak tu aku simpulkan sebab dia pandai menyimpan.

Senang cerita, tepuk dada tanya selera. Lain orang lain lifestyle. Macam aku ni dok kira tarikh je bila nak masuk elaun. Hahaha

Eh, kenapa rasa dua je pro study overseas ni? Banyak je lagi kot. Tapi entah la labu..macam tak memberi impak sangat. Kata jadi berdikari la hape la, ada je yang hampeh lagi buat gaya duduk rumah macam ada orang gaji kekdahnya, aku la pulak orang gaji tu. Kahkah. Kidding.

Kontra duduk Overseas :

Ni kalau aku nak list 100 muka surat pun tak habis.

1. Makanan tak best/halal susah

Perasaan rindu kat makanan Malaysia tu, tuhan jelah yang tahu. Kat Malaysia, rasa nak makan je, pergi beli. Ni kat sini, tak pasal-pasal aku reti memasak, membaking, bla3 kembang hidung bla3.

Kat sini, makanan halal takde hal. Kasihan duduk tempat yang majoriti bukan orang Islam.

2. Jauh dengan family kalau ada sebarang mudarat/sakit/kematian

Ni part paling aku risau. Walaupun flight 4 jam je balik Malaysia, tapi tempat aku ulu tahu! 273 kilometer dari Airport. Tak pernah jiwa rasa tenang. Dok fikir kalau jadi apa-apa kat family macam mana. Kalau ada kematian (Nauzubillah), sempat ke aku jumpa? Risau weh, jiwa kacau, lagi-lagi dengan ada ayah yang tak berapa nak sihat.

3. Kena adapt dengan gaya hidup/bahasa tempat yang kita duduk

Masalah Islamophobia, racist, tak pernah selesai. Aku duduk India ni, di racistkan jugak, oleh budak-budak jeles yang rasa kitorang tak layak masuk medical school, sebab masuk pakai bayaran, walhal mereka kena bersusah payah ambil entrance exam untuk dapat seat. Hello, mana aku tahu. Universiti ko open tempat untuk kitorang kot, dengan bayaran, dah kejadah apa aku nak kena rasai bersusah payah macam kau jugak? Ingat kitorang senang ke nak fly? Buat preparation A Level dulu bagai bak rak ok? Kalau tak lepas point, takleh fly.

Mujur sini takde kes Islamophobia sangat, tapi takut jugak time ada riot yang berbaur perkauman, terutama antara Islam dan Hindu kat sini. Sampai polis kena jaga depan hostel kitorang.

Hal racist, terutama sekali time exam. Walau kau hebat, belum tentu dia nak bagi pass pun. Banyak je examiner yang tak suka dengan Malaysian, ingat kitorang masuk medical college dengan cara senang.

Eh kejap, chop chop! Kalau ambil kesempatan kat bangsa luar dari dia ni kira racist jugak tak? Kitorang ni asyik kena pow je, kena charge lebih, sebab diorang tahu kitorang dapat elaun. Tapi sakit hati tu lagi banyak la duduk sini oi. Ingat elaun ni nak kasi kau je ke? Tak pasal-pasal aku pulak jadi racist.

Hal bahasa, ya Rabbi, aku mampu mengucap aje. Kami ni tak didedahkan dengan program belajar bahasa pun. JPA ada. Dengan datang sini tak paham sepatah habuk, kitorang ambil inisiatif upah orang local mengajar bahasa, tu pun sekerat jalan sebab cikgu tu sakit. Seksa weh belajar bahasa sini, Bahasa Kannada, yang aku dulu tak pernah tahu pun wujud bahasa ni. Ok, aku salahkan effort aku, sebab tak usaha sungguh-sungguh. Tapi betapa susah nak cakap dengan orang sini, bila kau belajar pun, satu kau tanya, seribu patah dia jawab sebab ingat kau faham. Mampu angguk dan sengih macam kerang busuk je tanda setuju. Sah sah sah...Kikiki

Tak kurang juga family patient nak marah, sebab kita tak faham..hmm sedih..mengamuk macam nak bertumbuk sampai.

4. Cuti perayaan untuk bersama keluarga tiada.

Kat tempat aku, ada lah cuti Raya Aidilfitri, sehari. Nak balik pun fikir sejuta kali, dengan kelas nya. Pastu aku ni dah start internship. Jenuh juga nak fikir kalau minta cuti nanti kena ganti. Adalah bersyukur duduk Malaysia cuti raya dapat bersama family, ada cuti selama sekian-sekian.

Kami? Tak duduk jauh tak rasa weh. Rindu pulut lemang karipap cincau kat Malaysia. Makanan je keje aku ni..haha


Camtu lah kami yang duduk jauh ni sebenar. Yang kat Malaysia, nak berada kat tempat kami. Kami pulak nak berada kat tempat mereka. Biasa lah, manusia mana yang pernah puas dengan hidup dia, termasuk aku lah. Apa-apa pun, peluang tu sentiasa ada.

Aku berangan jugak nak main selji. Mak aku kate takpe lah ko duduk Yindia berpanas-panas, nanti ko rajin ko sambung la setadi kat tempat lain pulak. Ye dak?

Kat Malaysia aku bersyukur peluang pendidikan tu ada, walau tak percuma, kalau bandingkan dengan sini, sangat susah untuk dapat biasiswa, duit yuran kolej tu bayar sendiri. Kalau nak baiki status keluarga tu susah, Aku syukur masih diberi peluang. Alhamdulillah


Saturday, April 18, 2015

Resepi : Redvelvet Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum. Harini sangat excited. Sebab barang order online dah sampai! Yahuu…!

Punya lah pemalas aku rasa, sampai perencah tomyam ngan kari pun order online. Tapi kali ni aku order oven dan hand mixer. Dulu rajin kejap baking. Pastu malas. Pastu ni mood rajin datang balik. Semoga tak semangat mula-mula jelah.

Benda first yang ku rasmikan oven ialah bakar red velvet chocolate chip cookies. Resepi ni diambil dari blog azlitamasammanis.com . Memang envy sangat gaya akak ni. Dah la pandai membaking, kreatif habis pulak tu. Selalu berangan baking nak hasil macam dia, tapi kesudahnye jadi hampeh. Imaginasi tak selari dengan tangan. Hahah


Red Velvet Chocolate Chip cookies:
  • 120g tepung gangdum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 50g tepung beras
  • 120g butter/marjerin
  • 10g minyak sapi
  • 100g gula castor
  • ½ sudu besar pewarna merah
  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • 50g badam cincang dibakar dalam oven selama 5 minit pada suhu 170◦c
  • 50g chocolate chips
Cara-cara:
1.       Panaskan oven pada 150◦c selama 15 minit
2.        Ayak bahan kering-gandum, serbuk koko, tepung beras dan ketepikan
3.       Pukul butter, minyak sapi, dan gula dengan mixer sampai warna kuning pucat
4.       Masukkan kuning telur dan esen vanilla
5.       Masukkan tepung gandum-gaul pakai senduk kayu atau spatula
6.       Masukkan badam dan chocolate chips- adun sebati
7.       Cedukkan kecil-kecil pakai sudu teh sebab nanti biskut jadi gajah macam saya buat. Haha

8.       Bakar 150◦c selama 20 minit


putar putar
tambah badam
tambah choco chips

ready untuk bakar

Selamat mencuba! Nak sambung makan. Kbai!




Sunday, April 12, 2015

Nak diet!

Hey kalian.. selalu tak rasa hangat-hangat tahi ayam? Nak buat benda awal-awal je bersungguh. Lepas tu, hancus..haha

Aku ni sebenar plan nak turunkan berat badan. Berjaya kejap. Lepas tu naik balik. Jenis badan pelik jugak ni. Naik senang. Turun kemain payah.Huwaaaaa!

Haritu turun sebab posting Emergency Medicine. 8 pagi smpai 8 malam. Dengar je macam 12 jam x panjang sangat. Tapi penat dia, Tuhan jelah yang tahu macam mane. Bangun awal subuh tak tidur dah, takut terlepas pukul 8. Pukul 8 pergi hospital, check vitals patient, isi charts, isi daily notes, pastu rounds dgn PG student ( Macam MO kat Malaysia kot, tapi diorang tengah buat masters), pastu rounds dengan prof.

Lepas rounds pulak kena make sure semua investigation and any requirement settle. Sebab petang nanti rounds lagi sekali kena review dengan prof. Aku pasang steps counter dekat telefon. Purata berjalan 12 jam ialah 10-12 kilometer. Penat woo..

Time tu aku turun dekat 1kg seminggu. Terus rasa muffin atas seluar berkurangan. Sekarang, tukar postings duduk je banyak, naik lemak la. Ape lagi.........

Rasa kalau buat journal dalam blog ni rasa termotivated sikit, takda lah boleh mengelat kan. Biasa lah selalu tipu diri, cakap ala bagi peluang sekali.

So, preparation nak turunkan berat ni harus set reminder untuk beberapa perkara ;


  • Set your goals
    • Berapa berat nak turun dalam seminggu
    • Meal plans- untuk breakfast, lunch, dinner
    • Berapa banyak exercise untuk buat dalam seminggu
  • Beli penimbang berat
    • Ni adalah paling penting. Kalau boleh, beli yang accurate, mahal sikit pun takpa, asal tahan lama dan tepat. Aku dulu hidup tak pakai penimbang. So, tak monitor berat. Sedar-sedar dah naik 20 kilo dalam 2 tahun..nangis...... T_T
  • Buat research untuk turunkan berat dengan efektif
Aku tak pernah percaya dengan produk-produk yang orang jual tu. Memang la certain orang menjadi, aku try minuman shake jenama X, tak turun-turun berat. Jenuh weh telan 2 kali sehari shake tu. Pastu makan normal sekali sehari. Aku takleh tahan. Dekat 3 bulan maintain aje berat. 

Aku nak turun berat la...haiyooo. Lepas aku berhenti tu, berkati-kati berat aku naik. Sebab dah lama tak makan betul-betul, jadi binge eating. Nak menangis jugak rasa, orang tu tahu marah aku je kata pengambilan tak betul la, kena sambung lagi la. Ingat duit aku banyak ke. Baik aku makan biasa, balance diet, tapi dalam moderate quantity. Aku pernah try, jadi! Tapi tu lah, hangat-hangat tahik ayam.hahahhaha...

Ni nak try semula experiment aku ni. Nanti share, ok!

I just graduated!


Assalamualaikum.
Dah lama tak usik blog ni..

Yayayy setelah lama belajar sini, akhirnya tiba lah hari konvokesyen. Eh, camtu ke eje dalam BM?
Dah 5 tahun setengah belajar, akhirnya tiba masa yang paling manis dalam hidup. Tapi tak berapa nak manis la. My parents could not make it here. Sebab kesihatan. Sakitnya tuh di sini... Tengok orang bergambar dengan family.. Sobsss...

Takpe lah..




Hippocratic Oath

Yayay saya dapat sijil






Sepanjang 5 tahun setengah duduk sini ( 5 tahun setengah should be up to bulan March je, tapi sebab kena merepeat sebab tertekan dengan hal hidup, kena extend 6 bulan T_T ) , macam-macam kenangan manis dan kenangan pahit. Kalau tang kelas tu, tak ingat lah kenangan. Sebab biasa-biasa aje, kelas kat sini bosan..hahhaa..

Paling manis ialah time buat internship a.k.a housmanship kat sini. Banyak sangat belajar. Such an adrenaline rush, even pasang cannula kat patient pun (kat Malaysia panggil branula).

We are called as Intern, or House Surgeon. It was such an honor.

Ada lagi 6 bulan untuk tempuh cabaran.

Benda pertama buat ialah belajar suturing. Cuak beb. Nampak je senang. Tapi terketar-ketar. Nak tolak jarum tu tembus kulit bukan senang, dan bukan benda yang tak menakutkan. Sampai double puncture dua kali sebab berdebar. Nasib dah bagi local anaesthesia..fuhh...then I was managed to do suturing super fast!

Benda kedua belajar ialah pasang cannula ( untuk masuk air tuh a.k.a IV drip). Seronok cari urat. Sampai tengok tangan orang berurat jadi tersaiko imagine pasang  cannula kat orang tu. Kihkih

Benda ketiga belajar ialah withdraw blood. Ni bukan senang. Kadang-kadang orang urat susah, jenuh nak mencari. Banyak kali la cucuk. Kesian orang tu. Tapi jangan lah jadi macam cerita tu pulak. Dicucuk hidup-hidup jadinya. Ingat nak bagi ubat tahan sakit untuk cucuk tu tak payah cucuk gak ke? Macam-macam lah wartawan ni. Macam takda benda sangat nak taip.

Now I'm able to do lumbar puncture, arterial blood withdrawal, endotracheal tube intubation, Ryle's tube application, and Foley's catheter application.

Paling saya minat ialah Orthopaedics (bahagian tulang) . Memori paling best ialah drill orang (rase aku macam saiko tak?hahhaa...) . Buat high tibial skeletal traction. Kena drill tulang dekat kaki patient untuk pasang besi, supaya boleh apply berat untung align tulang peha.

Saya pun dah assist few surgeries. It was nice. Kalau kat Malaysia mesti nak kena berebut-rebut ambil peluang. Kat sini, semua depan mata. It's up to you whether to grab it or not.

I am looking forward for more challenging experience. After this, Obstetric & Gynaecoloy posting. Tak sabar nak sambut baby..

Itu saja lah buat setakat ini...

Bye-bye



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...