Tuesday, November 25, 2014

Life In India

Assalamualaikum. Berhabuk dah blog. Rasa kemalasan melanda. Sebab sekarang stress banyak kerja. Balik pun tidur je.

FYI saya adalah di India.. huehuehue tak best kan?? Rasa nak nangis pun ada mengenangkan nasib dapat tempat macam ni. Tak pernah imagine hidup dapat belajar kat tempat ni. Dulu-dulu cita-cita nak belajar kat overseas, UK ke, US ke, Australia ke, tak pernah pun mention INDIA. Sekali memang overseas betul la. Rentas satu sea je padahal. Lautan Hindi..kahkah.

Tempat ini ulu gila. Flight dari Kuala Lumpur ke Bengaluru (ibu negeri Karnataka) mengambil masa 4 jam, dari airport ke tempat belajar ni mengambil masa 6 jam lebih. Stress kan? Dulu time first fly dulu jalan tak siap lagi. Memang sakit jantung la nak sampai sini dari airport. Macam naik fun fair. Bas pulak naik hazab nya tahap macam bas mini dulu. Siap ada sekali break ( diorang memang habit break mengejut, satu inci lagi nak terlanggar kereta ke lori depan ke, bonggol ke, baru nak break ), tiba-tiba pintu bas terbuka. Dah la duduk paling depan dekat pintu. Memang kussssssssssss....

Ini bukan mainan, ada sorang kawan tu, dia travel la nak balik tempat ni, kereta yang dia sewa break mengejut juga. Tersembam dia. Retak rahang ok. Memang hazab la tempat ni.

Ok pendekkan cerita, jumlah tempoh pengajian adalah 5 tahun setengah. Saya ada kurang setahun lagi sini. Sini  4 tahun setengah belajar, 1 tahun internship yang sama dengan taraf housman Malaysia. Tapi dapat title Doctor official from Karnataka Medical Council saja, not from Malaysia.

Sekarang hidup sebagai intern kat sini penuh cabaran. Macam-macam ragam manusia, cikgu kejam. co-intern pemalas, masalah bahasa. Walau dah duduk lama, masih failed nak cakap bahasa sini. Sini pakai bahasa Kannada. Kalau bahasa Tamil harus ku belajar bersungguh-sungguh. Balik Malaysia boleh faham kalau orang India kat Malaysia mengumpat kita. Kan?? Hehe gurau je.

Enjoy aja la gambar merepek kat sini...

The only thing that entertains me.. dapat assist surgery



Post Grad students


merong


lipat plaster of paris..macam nak buat tarian je ha


pasang slab kat patient


merepek lagi

hehe..with my best friend

sebab nampak kurus skit, maka ambil la..hahaha

ni lah kegunaan monopod. naik motor snap2 gambar. Kalau kat Malaysia mampuih kene langgar..hahaha

Itu saja...

Sekian.

Sunday, November 16, 2014

8 Suami???

Hehe ni dok kecoh-kecoh orang kata sedap cerita 7 suami kan kat Malaysia? Tak tengok pun cerita tu tapi kawan dok cerita-cerita.

Kenapa tajuk 8 suami? Teringat kisah moyang saudara ( adik moyang yang dah umur dekat 90 dah) pasal kisah perkahwinan dia sampai 8 kali. Memang champion la dia tu. Kira hot la kot zaman dulu kawin ramai. Eh?? Haha..

Moyang sedara ni, yang ku panggil Tok Su, kahwin time umur 12 tahun lagi. Muda kan? La ni semua dok pakat busy study untuk UPSR yang bocor je. Perkahwinan pertama dia tu, bertahan ada la beberapa minggu. Al kisahnya, pada suatu hari, Tok Su dan suami main kejar-kejar. Si suami ni mengelat la kira, Tok Su bengang, mintak cerai terus. Hahahha..terpinga-pinga jugak time dia cerita ni. Biar betul? Tok Su cakap betul la...aku bekeng tau!

*pengsan gelak.

ok tipu pengsan..eheh

Ada perkahwinan ke berapa entah..ke 4 kut. Lakinya mengaku kaya, apa lagi, nikah la laju-laju. Kemain katanya poket tebal berkepuk dengan duit. Malam kahwin tu, si suami nya sangkut la baju coat yang pakai siang tu untuk nikah. Kaya kan...harus la pakai coat zaman tu. Toksu ni pulak ternampak semut dok pakat hurung pergi arah baju tu. Dia pergi cek rupanya bukan duit, tapi ape bende ntah dia pergi susun-susun jadi bertindan dan nampak macam duit. Tak ingat istilah tu dalam bahasa Kelantan dia cerita. Malam tu terus mintak cerai..hehe. Baru berapa jam kahwin.

Macam-macam la.

Nasib zaman dulu macam nikah cerai ni simple je. Kalau zaman sekarang, hazab la turun naik mahkamah je Tok Su ni. Mesti pakai spek besar macam lalat, silang selendang, kan? Tok Su kan rock! Hahaha


Saturday, November 8, 2014

Resipi : Oreo Cheese Balls

Assalamualaikum...

Nak ehem la ni bila tetiba rasa nak makan coklat aje.. Aduh.. Tiba-tiba teringat tahun lepas ada tengok dekat www.allrecipes.com resipi Oreo Cheese Balls. Sedap...dan teringin terus.



Zasss gi beli barang dekat kedai

Bahan:


  • 1 pek atau berapa banyak lah Oreo tu nak guna. Kalau nak banyak, banyak
  • Cream cheese - kalau sebatang Oreo tu, 2-3 sudu besar je guna
  • Chocolate bars untuk dip


Cara-cara:


1. Hancurkan biskut Oreo dengan apa jua cara dan tenaga kerahan zahir mahupun batin


2. Bubuh cream cheese sikit-sikit dan gaul-gaul sambil try kepal

3. Kalau dah melekat tu buat la kepal sampai habis

4. Frozekan dalam peti 15-30 min

5. Keluarkan dan dip dalam chocolate yang dah dicairkan dengan cara double boil (letak air dalam bekas bawah, letak chocolate bars dalam bekas lain atas tu)


6. Hias ikut kreativiti, di mana saya sangat failed..hahhaa..white choc sini apa masalah ntah dah wat elok-elok berketul juga




Sekian, 
selamat mencuba!

Resepi : Congo Bars Senang Mudah Sedap

Macam-macam dah jadi blog ni. Kejap travels, kejap masak. Hehe takpe la kita campur je semua. Tadi saya try resipi congo bars. First time buat. Sedap gilak. Tak tahu la kenapa jual mahal gila. Mesti guna coklat mahal kot. Hehe ni pakai biasa aja. 

Bahan:

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 sudu kecil baking powder
  • 150 gram butter
  • 200 gram gula perang sila blend bole kurangkan kalau tak suka manis
  • 3 biji telur gred B suhu bilik. kalau dari peti ais sila biarkan 3-4 jam kat luar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup chocolate chips / pape nuts untuk tabur


Cara-cara:
  1. Panaskan oven. Putar butter dan gula perang low speed smpai sebati
  2. Masukkan telur dan esen vanila
  3. Putar medium speed kejap sampai sebati
  4. Masukkan semua tepung gandum dan baking powder. Putar medium speed sampai sebati kejap je
  5. Masuk choc chips dan kaup balik
  6. Ratakan atas dulang 9x9 inci yang dah greasekan
  7. Tabur choc chips atau kacang kesukaan
  8. Bakar 180 degree 40 mins atau sehingga masak
Tak sempat nak ambil gambar sangat





bawa pergi hospital..hehe




Selamat mencuba!

Saturday, November 1, 2014

Saturday & November

Assalamualaikum..Salam hari minggu dan November.

Fuhh fuhh...akhirnya ada juga cuti. Harini hari cuci OT, maka dapat cuti, esok Ahad pun cuti, anaes tak kerja hari Ahad. Best juga posting anaes ni..hahha

Harini terbangkit awal pula terbiasa kerja, memang cita-cita nak makan nasi lemak lama dah. Dan bercadang nak buat jualan juga, nak cari duit lebih. Budak Malaysia kat sini pantang je ada jual makanan Malaysia, laju aje diorang rembat. Market ada la.

So, harini test buat nasi lemak dan bubuh dalam bekas.

Jom tengok gambar-gambar tak seberapa..zasss. Ni contoh dalam bekas kecil, cadang-cadang nak jual RM3.50 (70 rupee) .. tapi tak boleh nak agak lagi modal berapa, sebab pakai barang yang dah ada.

blender ku rosak.... T_T gigih potong bawang

Hasil propa bubuh dalam bekas..haha

Sini takde kertas bungkus macam coklat tu, lagi murah kot. Ni kena pakai bekas aluminium. Ok ke idakkk...hahhaa

Ok nak keluar beli barang~

Bai,

Love,

Si Mistik


Kempunan Cheese Cake!

Harini tetiba nak makan cheese cake. Nak buat betul-betul, oven takda, cream cheese pun macam tak wujud aje kat sini.

Tadi pergi la kedai macam supermarket kat sini.

Terjumpa nih!



Ku godek dan godek ikut arahan..

Maka hasilnya...jengjeng..............

Sedih......................hahahha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...