Friday, October 17, 2014

Percutian Ke Bali : Day 1

Aku dulu ada blog lain. Tapi macam sendu je. So aku pindah post untuk tatapan semula aku, atau rujukan kengkorang lah ya.. Mari tempek dari blog dulu..

Hello hello…. Assalamualaikum.

Ni kisah bulan dua lama dah. Percutian ke Bali. Tak update sebab kat kampung line macam hampeh.

GMT : + 8 (sama dengan waktu Malaysia)
Matawang : Rupiah ( Rp 100,000 = RM 27.60 , ni masa aku exchange duit aritu)
Plug : Macam euro tu, plug 2 mata, so ready lah adapter, okeh?

Flight kami ambil flight last yang reschedule jam 10.05 pm yang sepatutnya jam 8.00 pm. Perjalanan ke Bali memakan masa 2 jam 55 minit dan kami sampai ke Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali jam 1 am.

Di sebabkan sampai lewat malam, kami tak guna khidmat driver. Maka, ke hotel menaiki teksi saja. Kos teksi dari airport ke Kuta Rp80,000. Kalau siang, kami nampak rate sekitar Rp 65,000 aje.

Dalam 25 minit, sampai di Tune Hotel, Kuta. Untuk yang nak jimat macam aku ni, hotel ni kira okay. 4 malam sorang bayar Rp320,000 ( dalam RM100). Tapi sempit la. Solat terlanggar dinding…ihihih.. kalau orang yang tak kisah, kira okay saja. Pastikan tempah awal untuk harga lagi murah. Air condition kami beli kredit 24 jam sahaja sebab bukan duduk kat bilik sangat pun. Dan di bilik ada kipas. Jadi, takda masalah mati kepanasan kat bilik.hehe

Untuk orang yang nak senang access ke kedai, pantai, Hard Rock café, disarankan duduk kat area Kuta. Aku jalan kaki je gi pantai bagai. 5 minit aje.

Kalau nak clubbing, bar-bar, disarankan duduk area Legian.

Yang nak tenang-tenang area kampong, duduk villa-villa, disarankan duduk area Seminyak.

Kami guna khidmat driver, bayar 10 jam Rp400,000. Extra jam Rp25,000. tengok harga lebih kurang je driver-driver lain. Tapi ni service puas hati, kereta baru boleh straigt-straight kaki kauu, boleh muat 6 orang kot. Kalau nak gi ramai-ramai lagi jimat sebab kos tu termasuk kereta, minyak, dan upah dia.

Nama driver tu Bram. Boleh contact beliau klik sini

Okay, mari bercerita.

Hari 1- area selatan
Aku sediakan je itinerary sendiri, tapi pak supir tu die ubah kasi senang kot. Jalan sekali gus je satu kawasan. Kami ke kawasan selatan pada hari pertama.

Hari pertama hujan dari pagi. Jadi kami rancang melawat lading-ladang aje camtu. Banyak je tempat dia suggest seperti tempat membuat perak, tempat perusahaan batik. Kami malas. Not interested. Hahaha kurang asam kan. Suka pak driver ni sebab dia bagi option nak gi mana.

  • ·         Barongan and kris dance 10-11 am
  • ·         Ladang kopi luwak  ( tak ingat nama tapi best sini dia bawak pusing dekat aje, dan tempat ni baru, pakcik tu tahu)
  • ·         Kintamani volcano (sejam perjalanan)
  • ·         Pura Tirtha Empul (pura=kuil) tempat diorang mandi sucikan diri ni
  • ·         Tagalalang paddy terrace
  • ·         Hard rock café shop

Barongan and kris dance (entrance fee Rp100,000)

Bagi aku la, menarik. Watpe ko nak berjalan tempat orang kalau tengok show budaya orang pun naik bosan. Ada je orang cabut tengah-tengah show. Ada diselit unsur lawak jugak. Tempat untuk dance ni ada banyak, pak supir tu bawak ke tempat paling dekat aje. Sama je kot.




Ladang kopi luwak

Ni menarik, rasa macam dalam lawatan sekolah aje. Dia bawak pusing-pusing kawasan tunjuk pokok bagai, tunjuk musang, tunjuk cara proses kopi. Macam kampong-kampung la. Best. Tempat ni baru, dan tak ramai lagi orang pergi. Bagus la. Tak semak.

Pastu korang duduk kat bangsal, cuba kopi dan teh. Sedap gilak. Aku suka kopi kacang aka kopi hazelnut. Aku angkut beli bawak balik.hehe.

Yang lain, free. Nak cuba kopi luwak, kene bayar Rp50,000. Memang unik la cara brew dia. Terkagum jap aku.



Kintamani volcano

Perut macam hape dah berkeroncong. Pakcik tu bawak pergi restoran yang halal, makan ngadap gunung Batur ..peh…masyyukk.. subhanallah cantik sangat pemandangan. Tapi tengok bawah kaki kau, terus memang gunung terus. Macam tergantung gitu tempat makan.

Makan unlimited, ambil sampai pengsan. Bayar Rp100,000. Air kopi dan the free, air lain kena bayar. Memang bersungguh-sungguh la aku ambil. Ape lagi..hahaha



Pura Tirtha Empul (entrance fee Rp15,000)

Sini melawat kuil, ada tempat mandi sucikan diri. Menarik la dengar kisah pak supir ni, sebab dia hindu. Tapi aku pelik orang sana hindu mende camtu, aku tengok kat India tempat aku belajar lain. Rupanya dah campuran. Nama agama dia Balindu.

Posing-posing aje gedik pakai kain. Kalau dah sopan, pakai ikat kat pinggang je. Kalau tak sopan, dia suruh ikat kain. Aku nak bedal semua, sebab bajek pelancong sangat kan.ahaha

Jalan exit dia tu berlambak kedai. Aku sarankan jangan beli. Mahal!!! Tension jugak bila beli dari satu tempat ke tempat lain makin lama makin murah. Menyesal! Tapi kalau dah berkenan di hati, risau tak dapat tempat lain, beli jelah kan? Keychain, magnet fridge untuk souvenir aku sarankan beli kat Krisna atau Hawaii ole-ole. T shirt rasa sangat murah kat Tanah Lot. Yang kualiti bagus dalam Rp20,000 (RM 6 lebih kurang) boleh dapat.



Tagalalang paddy terrace

Ni berenti kejap je amek gambar. Dah on the way balik dah pun. Sumpah penat tak abeh lagi sebab dah sampai lewat kat hotel semalam tu. Tapi cantikk sangat kat depan mato.


Hari dah malam, kami ke hard rock café sebab kawan aku malas nak berjalan. Tak sedar rupenye dekat ya Rabbi je dari hotel. Borong la tshirt dia. Aku? Beli satu je sebab miskin.hahahhaa

Okay, nanti sambung hari ke 2 pulak ye. Penat dah..papaiii

Eh, jangan lupa bookmark blog ni. Nanti sambung balik kisah hari ke-2.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...