Saturday, April 18, 2015

Resepi : Redvelvet Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum. Harini sangat excited. Sebab barang order online dah sampai! Yahuu…!

Punya lah pemalas aku rasa, sampai perencah tomyam ngan kari pun order online. Tapi kali ni aku order oven dan hand mixer. Dulu rajin kejap baking. Pastu malas. Pastu ni mood rajin datang balik. Semoga tak semangat mula-mula jelah.

Benda first yang ku rasmikan oven ialah bakar red velvet chocolate chip cookies. Resepi ni diambil dari blog azlitamasammanis.com . Memang envy sangat gaya akak ni. Dah la pandai membaking, kreatif habis pulak tu. Selalu berangan baking nak hasil macam dia, tapi kesudahnye jadi hampeh. Imaginasi tak selari dengan tangan. Hahah


Red Velvet Chocolate Chip cookies:
  • 120g tepung gangdum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 50g tepung beras
  • 120g butter/marjerin
  • 10g minyak sapi
  • 100g gula castor
  • ½ sudu besar pewarna merah
  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • 50g badam cincang dibakar dalam oven selama 5 minit pada suhu 170◦c
  • 50g chocolate chips
Cara-cara:
1.       Panaskan oven pada 150◦c selama 15 minit
2.        Ayak bahan kering-gandum, serbuk koko, tepung beras dan ketepikan
3.       Pukul butter, minyak sapi, dan gula dengan mixer sampai warna kuning pucat
4.       Masukkan kuning telur dan esen vanilla
5.       Masukkan tepung gandum-gaul pakai senduk kayu atau spatula
6.       Masukkan badam dan chocolate chips- adun sebati
7.       Cedukkan kecil-kecil pakai sudu teh sebab nanti biskut jadi gajah macam saya buat. Haha

8.       Bakar 150◦c selama 20 minit


putar putar
tambah badam
tambah choco chips

ready untuk bakar

Selamat mencuba! Nak sambung makan. Kbai!




Sunday, April 12, 2015

Nak diet!

Hey kalian.. selalu tak rasa hangat-hangat tahi ayam? Nak buat benda awal-awal je bersungguh. Lepas tu, hancus..haha

Aku ni sebenar plan nak turunkan berat badan. Berjaya kejap. Lepas tu naik balik. Jenis badan pelik jugak ni. Naik senang. Turun kemain payah.Huwaaaaa!

Haritu turun sebab posting Emergency Medicine. 8 pagi smpai 8 malam. Dengar je macam 12 jam x panjang sangat. Tapi penat dia, Tuhan jelah yang tahu macam mane. Bangun awal subuh tak tidur dah, takut terlepas pukul 8. Pukul 8 pergi hospital, check vitals patient, isi charts, isi daily notes, pastu rounds dgn PG student ( Macam MO kat Malaysia kot, tapi diorang tengah buat masters), pastu rounds dengan prof.

Lepas rounds pulak kena make sure semua investigation and any requirement settle. Sebab petang nanti rounds lagi sekali kena review dengan prof. Aku pasang steps counter dekat telefon. Purata berjalan 12 jam ialah 10-12 kilometer. Penat woo..

Time tu aku turun dekat 1kg seminggu. Terus rasa muffin atas seluar berkurangan. Sekarang, tukar postings duduk je banyak, naik lemak la. Ape lagi.........

Rasa kalau buat journal dalam blog ni rasa termotivated sikit, takda lah boleh mengelat kan. Biasa lah selalu tipu diri, cakap ala bagi peluang sekali.

So, preparation nak turunkan berat ni harus set reminder untuk beberapa perkara ;


  • Set your goals
    • Berapa berat nak turun dalam seminggu
    • Meal plans- untuk breakfast, lunch, dinner
    • Berapa banyak exercise untuk buat dalam seminggu
  • Beli penimbang berat
    • Ni adalah paling penting. Kalau boleh, beli yang accurate, mahal sikit pun takpa, asal tahan lama dan tepat. Aku dulu hidup tak pakai penimbang. So, tak monitor berat. Sedar-sedar dah naik 20 kilo dalam 2 tahun..nangis...... T_T
  • Buat research untuk turunkan berat dengan efektif
Aku tak pernah percaya dengan produk-produk yang orang jual tu. Memang la certain orang menjadi, aku try minuman shake jenama X, tak turun-turun berat. Jenuh weh telan 2 kali sehari shake tu. Pastu makan normal sekali sehari. Aku takleh tahan. Dekat 3 bulan maintain aje berat. 

Aku nak turun berat la...haiyooo. Lepas aku berhenti tu, berkati-kati berat aku naik. Sebab dah lama tak makan betul-betul, jadi binge eating. Nak menangis jugak rasa, orang tu tahu marah aku je kata pengambilan tak betul la, kena sambung lagi la. Ingat duit aku banyak ke. Baik aku makan biasa, balance diet, tapi dalam moderate quantity. Aku pernah try, jadi! Tapi tu lah, hangat-hangat tahik ayam.hahahhaha...

Ni nak try semula experiment aku ni. Nanti share, ok!

I just graduated!


Assalamualaikum.
Dah lama tak usik blog ni..

Yayayy setelah lama belajar sini, akhirnya tiba lah hari konvokesyen. Eh, camtu ke eje dalam BM?
Dah 5 tahun setengah belajar, akhirnya tiba masa yang paling manis dalam hidup. Tapi tak berapa nak manis la. My parents could not make it here. Sebab kesihatan. Sakitnya tuh di sini... Tengok orang bergambar dengan family.. Sobsss...

Takpe lah..




Hippocratic Oath

Yayay saya dapat sijil






Sepanjang 5 tahun setengah duduk sini ( 5 tahun setengah should be up to bulan March je, tapi sebab kena merepeat sebab tertekan dengan hal hidup, kena extend 6 bulan T_T ) , macam-macam kenangan manis dan kenangan pahit. Kalau tang kelas tu, tak ingat lah kenangan. Sebab biasa-biasa aje, kelas kat sini bosan..hahhaa..

Paling manis ialah time buat internship a.k.a housmanship kat sini. Banyak sangat belajar. Such an adrenaline rush, even pasang cannula kat patient pun (kat Malaysia panggil branula).

We are called as Intern, or House Surgeon. It was such an honor.

Ada lagi 6 bulan untuk tempuh cabaran.

Benda pertama buat ialah belajar suturing. Cuak beb. Nampak je senang. Tapi terketar-ketar. Nak tolak jarum tu tembus kulit bukan senang, dan bukan benda yang tak menakutkan. Sampai double puncture dua kali sebab berdebar. Nasib dah bagi local anaesthesia..fuhh...then I was managed to do suturing super fast!

Benda kedua belajar ialah pasang cannula ( untuk masuk air tuh a.k.a IV drip). Seronok cari urat. Sampai tengok tangan orang berurat jadi tersaiko imagine pasang  cannula kat orang tu. Kihkih

Benda ketiga belajar ialah withdraw blood. Ni bukan senang. Kadang-kadang orang urat susah, jenuh nak mencari. Banyak kali la cucuk. Kesian orang tu. Tapi jangan lah jadi macam cerita tu pulak. Dicucuk hidup-hidup jadinya. Ingat nak bagi ubat tahan sakit untuk cucuk tu tak payah cucuk gak ke? Macam-macam lah wartawan ni. Macam takda benda sangat nak taip.

Now I'm able to do lumbar puncture, arterial blood withdrawal, endotracheal tube intubation, Ryle's tube application, and Foley's catheter application.

Paling saya minat ialah Orthopaedics (bahagian tulang) . Memori paling best ialah drill orang (rase aku macam saiko tak?hahhaa...) . Buat high tibial skeletal traction. Kena drill tulang dekat kaki patient untuk pasang besi, supaya boleh apply berat untung align tulang peha.

Saya pun dah assist few surgeries. It was nice. Kalau kat Malaysia mesti nak kena berebut-rebut ambil peluang. Kat sini, semua depan mata. It's up to you whether to grab it or not.

I am looking forward for more challenging experience. After this, Obstetric & Gynaecoloy posting. Tak sabar nak sambut baby..

Itu saja lah buat setakat ini...

Bye-bye



Sunday, February 8, 2015

Percutian ke Abu Dhabi : Day 3- Dubai

Hello.harini kami pergi ke Dubai. Dubai dan Abu Dhabi ni takde la jauh. 2 jam naik bas. Kalau sesiapa yang macam merancang percutian budget, molek duduk di Abu Dhabi, sebab kos dia lagi murah dari Dubai. Dubai ni pergi sehari dah okay kot. Kalau setakat nak shopping kat mall, kat Abu Dhabi pun banyak shopping mall dah.

Kami bangun awal pagi lagi haritu, jalan kaki pergi Abu Dhabi Central 1 Bus Station, sebelah Al Wahda Mall. Tiket one way bus Emirates berkos AED 25, tak pasti boleh ke tak beli terus pergi balik, sebab kami beli tiket return dari Dubai, tak pasal-pasal kena beli dalam bentuk kad pulak. Makan sampai AED 35 pulak tu sekali. Eii geram gua.

Bas dari Abu Dhabi ada dua, nombor  100 dan 101. Nombor  100 akan berhenti di Ibn Batutta Mall, di mana metro ada dekat situ, senang nak pergi ke Mall of Emirates. Kalau nak ke Bandar tengah sikit ambil bas no 101, di mana stesen akan berhenti di Al Ghubaiba. Tu pun ada metro jugak, don’t worry, semua walkable distance aje.

Dalam bus ada wifi, tapi kena register.  Since kitorang tak beli pun nombor UAE, bantai aja masuk nombor  pape time nak login tu sampai tak boleh taip dah. Disahkan berjaya! Haha…aku mati kutu kalau takde internet sekarang.

Since taxi mahal kat Dubai, kami usha kat Groupon. Syukur ada offer hop on and off bus Easytours.com buat promotion, harga asal AED140 sorang untuk adults, kami dapat AED135 untuk dua orang. Murah tak??? 4 jam okay la dia bawa keliling Dubai sambil dia cakap-cakap, dan ada pit stop untuk ambil gambar. Dia punya tourist guide not bad, buat lawak bagai. Tours ada 2 session. Satu sessi pagi 10am-2pm, dan malam dari 4pm-8pm. Meeting points near Burjuman Center, dekat saja dengan metro.

Points yang bus ni bawa kami berjalan termasuklah :
·         Dubai Museum
·         Jumeirah beach di mana boleh ambil gambar berlatar belakang Burj Al Arab, hotel mahal tu
·         Ada art museum
.     Dubai Palm yang pulau buatan bentuk macam pokok palma tuh, jalan pusing pulau
·         Old souk Dubai
·         Dubai Mall ( kalau nak turun situ terus akhirkan tour pun boleh)
·         Burj Khalifa- kami sepakat malas belaka nak turun, dia bawa bas pergi dekat menara tu aja. Snap-snap gambar. Cabut..hehe
·         Banyak lagi lah tempat tak ingat.

Jom layan gambar aje..

Untuk borong jubah pula, kami ke Naif Souq, yang terletak di bandar lama Dubai, area Naif. Kami habiskan tour di Burjuman Centre dan pergi ke Metro untuk ke Baniyas Square Metro Station. Harga metro ni ikut macam Zon. Tak kira distance. Contoh Kalau nak dari A ke B walau satu station, tapi kira berlainan zon, kos dia AED 18. Kos ke Baniyas Square adalah AED18.

Kami pening sebenar nya tanya orang kat situ tak tahu Naif Souk arah mana. Pening juga. Senang kira, usha ada masjid dengan menara yang bila keluar dari Baniyas Square Metro station punya escalator, tuju ke arah tu. Souk ni terletak betul-betul sebelah masjid tu. Jubah murah-murah boleh dapat semurah AED30! Kalau nak kualiti elok, sampai beratus pun ada. Ada jubah macam Neelofa jual tu, cantik sangat. Harga AED250. Aku tawar sampai dapat AED90.

Jangan takut nak tawar. Memang nak menangis sebab murah sangat. Nak menangis jugak sebab tak banyak duit. Haha












borong jubah..hehe.terus pakai buat solat



Thursday, February 5, 2015

Percutian ke Abu Dhabi : Day 2- Marina Mall & Desert Safari

Bertemu lagi untuk episod sekaliannya...episod??? Berangan drama pulak dah..

Harini bangun lewat sikit sebab penat. Tak pergi jauh-jauh pun. Pergi Marina Mall Abu Dhabi naik taxi cost dalam AED 20. Tapi ada aje bus. Pilih bas nombor 32 ke Marina Mall. Marina Mall ni dekat dengan pesisir pantai camtu. I iz kempius u know pantai kat sini buatan ke ori..hehhe..yela sebab banyak pulau fake kat UAE ni.

Dekat-dekat dengan tu molek lah nak bergambar, boleh sewa basikal bagai, tapi takde masa. Kawan nak cari Dr Martens uols.. Jenuh la nak cari susahnya Dr Martens ni ha. Kalu duduk UK dah lame borong kasut tu. Takda pula kat mall tu. Jadi ada sale Timberland beli aje la..kata nak pergi desert kan..harus poyo-poyo pakai boots.hahahhaha

Kami cam biasa la cari coupon kalau boleh paling murah nak rembat paling murah. Jumpa kat Groupon UAE Desert Safari deal dari Nettours untuk 2 orang AED 250. Murah ke idokk??? Harga sorang AED 250 tahu!

Aktiviti desert safari ni macam biasa lah ada dune bashing, shisha, belly dance ( tapi cancel sebab raja arab saudi meninggal katenye mase tu, jadi kena hormat ), henna drawing, makan-makan, naik unta, sand boarding, atv, pakai costume, lagi ape dah..ha tu semua ikut suka lah, sebab aktiviti bebas..

Kami janji dengan agent tu dekat Sheraton Corniche punya parking. Bergerak dalam pukul 3.30 camtu, ambil masa 40 minit lebih kurang, pergi ke arah desert dalam bas kecil. Desert tu terletak on the way ke Al Ain.

Malas nak bebel panjang-panjang. Hanya gambar mampu berikan gambaran. Eh??

lepas naik bas tu naik 4wd ni ke camp

nampak je matahari camtu...sejuk uolsss sampai bulan 4 rasanya


Camp site

konon nak deep






sand boarding..cuak de bebeh

ATV..kena bayar AED50 ni untuk 10 mins..tapi aku bawak bersungguh-sungguh press minyak..siokkk!

suwit tak kami?ehehhee


Di akhiri dengan upacara melompat..hahaha..kbai


Tuesday, February 3, 2015

Percutian Abu Dhabi : Day 1- Ferrari World

Assalamualaikum… Hai lama bersarang blog ni bak sarang tebuan. Eh, takde kene mengena pulak.

Lama tak tulis blog ni sebab takde bende best. Masak pun malas dah skang ni. Ha haritu pergi jalan-jalan lepas sekian lama stress kerja. Kebetulan abang pada kawan kerja kat sana, so boleh la tumpang sekaki. Kalu tidak, idak le den mampu ke sane.

Ku pergi  Abu Dhabi, transit sebentar di Oman dalam 3 jam. So, total perjalanan dari India adalah 7 jam. Sampai tu, abang dia suruh ambil teksi je dari airport. Standard 80 dirham macam tu night rate nak ke hotel apartment tempat abang dia dah tempah.

Kami  tinggal di Al Diar Palm Hotel Apartment untuk 4 malam. Cost?? Hehe orang bayarkan, so kalau nak check rate tu, refer la website mana-mana okay. Tempat ni kira strategic. Bawah tu ada mini mart, belakang tu lintas jalan ada dunkin donuts, starbucks, macam-macam. And stesen bas pun walkable distance dari tempat tu. Takde lah dekat. Tapi boleh la… Stesen bas tu nama Abu Dhabi Central 1 Bus Station, dekat dengan Al Wahda Mall.

So, esoknya, lepas sampai tu, kami pergi ke Ferrari World. Ingat nak naik bas je, tapi tak reti lagi, naik taxi kena gak dalam 60 dirham. Tiket kami dah prebook untuk early bird, 225 dirham je dari 250 dirham. Kalau ada kad resident UAE dapat diskaun murah, 195 dirham, and boleh beli up to 5 orang tiket untuk harga sama. Tapi malangnya abang pada kawan tu kerja, so dia datang lambat sikit.

Direction : Taxi, or bus number  170, 180, 190, 195 bernilai 4 dirham aje satu hala.
Opening hour : 11 am-9 pm

Ferrari World ni terletak di Yas Island, bersebelah sahaja dengan Yas Mall dan Yas Waterpark. Rasa rugi tak beli package sekali dengan Yas Waterworld tu. Tapi rasa tak sempat kut nak habiskan sehari, walaupun tak besar mana pun Ferrari World ni. Paling best, Formula Rossa, roller coaster paling laju dalam dunia. Ye ke tak tak pasti la. Puhh memang tak pernah aku rase adrenaline rush camtu sekali. Best gilak. 3 kali aku naik. Haritu hari Jumaat, tak ramai sangat orang.


Layan aje gambar ni ye..hehe

On our way

Jakun ok bangunan bulat. Ni la Yas punya headquarters. Mesti kaya si Yas ni, siap buat pulau lagi.





Boleh berangan foya-foya naik Ferrari keliling Italy gitew...

Untung aku ambik gambar ni dekat nak tutup. Kalau siang hari kena bayar uols kat dinding ni...

Ok tu saje la untuk hari first. Sambung lagi...

Papai...

Love,
Si Mistik

Monday, December 1, 2014

Hello December!!

Sedar tak sedar, dah penghujung tahun dah kita. Macam biasa la azam tinggal azam. Hahahaha..

Semalam pergi ambil angin petang dekat kawasan sawah, the only kawasan yang best kat sini T_T

Kat India ni bulan 12 kira cuaca syok-syok, dalam 14 degree pagi, 22 degree tgh hari. Tengok la bulan 1 nanti, sampai 40 degree!!!

Tengok gambar jom!


sekian..hehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...