Assalamualaikum.
Dah lama tak usik blog ni..
Yayayy setelah lama belajar sini, akhirnya tiba lah hari konvokesyen. Eh, camtu ke eje dalam BM?
Dah 5 tahun setengah belajar, akhirnya tiba masa yang paling manis dalam hidup. Tapi tak berapa nak manis la. My parents could not make it here. Sebab kesihatan. Sakitnya tuh di sini... Tengok orang bergambar dengan family.. Sobsss...
Takpe lah..
Hippocratic Oath |
Yayay saya dapat sijil |
Sepanjang 5 tahun setengah duduk sini ( 5 tahun setengah should be up to bulan March je, tapi sebab kena merepeat sebab tertekan dengan hal hidup, kena extend 6 bulan T_T ) , macam-macam kenangan manis dan kenangan pahit. Kalau tang kelas tu, tak ingat lah kenangan. Sebab biasa-biasa aje, kelas kat sini bosan..hahhaa..
Paling manis ialah time buat internship a.k.a housmanship kat sini. Banyak sangat belajar. Such an adrenaline rush, even pasang cannula kat patient pun (kat Malaysia panggil branula).
We are called as Intern, or House Surgeon. It was such an honor.
Ada lagi 6 bulan untuk tempuh cabaran.
Benda pertama buat ialah belajar suturing. Cuak beb. Nampak je senang. Tapi terketar-ketar. Nak tolak jarum tu tembus kulit bukan senang, dan bukan benda yang tak menakutkan. Sampai double puncture dua kali sebab berdebar. Nasib dah bagi local anaesthesia..fuhh...then I was managed to do suturing super fast!
Benda kedua belajar ialah pasang cannula ( untuk masuk air tuh a.k.a IV drip). Seronok cari urat. Sampai tengok tangan orang berurat jadi tersaiko imagine pasang cannula kat orang tu. Kihkih
Benda ketiga belajar ialah withdraw blood. Ni bukan senang. Kadang-kadang orang urat susah, jenuh nak mencari. Banyak kali la cucuk. Kesian orang tu. Tapi jangan lah jadi macam cerita tu pulak. Dicucuk hidup-hidup jadinya. Ingat nak bagi ubat tahan sakit untuk cucuk tu tak payah cucuk gak ke? Macam-macam lah wartawan ni. Macam takda benda sangat nak taip.
Now I'm able to do lumbar puncture, arterial blood withdrawal, endotracheal tube intubation, Ryle's tube application, and Foley's catheter application.
Paling saya minat ialah Orthopaedics (bahagian tulang) . Memori paling best ialah drill orang (rase aku macam saiko tak?hahhaa...) . Buat high tibial skeletal traction. Kena drill tulang dekat kaki patient untuk pasang besi, supaya boleh apply berat untung align tulang peha.
Saya pun dah assist few surgeries. It was nice. Kalau kat Malaysia mesti nak kena berebut-rebut ambil peluang. Kat sini, semua depan mata. It's up to you whether to grab it or not.
I am looking forward for more challenging experience. After this, Obstetric & Gynaecoloy posting. Tak sabar nak sambut baby..
Itu saja lah buat setakat ini...
Bye-bye
Saya tak tau pulak akak ni medical sudent -I mean, ex medical student. Seronoknya dah graduate. Saya pula terkial-kial dengan Cardiovascular System TT. Sendu je.
ReplyDeleteSaya ada join satu G.A nih. http://www.schanazri.com/2015/04/giveaway-sayang-by-scha-nazri.html . Sebab dia suruh tag saya pun taglah akak.
BTW, tahniah on graduating!
tq. hihi. laaa awk med student jugak ke. xpe jgn stress2. enjoy learning as much as you can
Delete