Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Saturday, April 18, 2015

Resepi : Redvelvet Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum. Harini sangat excited. Sebab barang order online dah sampai! Yahuu…!

Punya lah pemalas aku rasa, sampai perencah tomyam ngan kari pun order online. Tapi kali ni aku order oven dan hand mixer. Dulu rajin kejap baking. Pastu malas. Pastu ni mood rajin datang balik. Semoga tak semangat mula-mula jelah.

Benda first yang ku rasmikan oven ialah bakar red velvet chocolate chip cookies. Resepi ni diambil dari blog azlitamasammanis.com . Memang envy sangat gaya akak ni. Dah la pandai membaking, kreatif habis pulak tu. Selalu berangan baking nak hasil macam dia, tapi kesudahnye jadi hampeh. Imaginasi tak selari dengan tangan. Hahah


Red Velvet Chocolate Chip cookies:
  • 120g tepung gangdum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 50g tepung beras
  • 120g butter/marjerin
  • 10g minyak sapi
  • 100g gula castor
  • ½ sudu besar pewarna merah
  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • 50g badam cincang dibakar dalam oven selama 5 minit pada suhu 170◦c
  • 50g chocolate chips
Cara-cara:
1.       Panaskan oven pada 150◦c selama 15 minit
2.        Ayak bahan kering-gandum, serbuk koko, tepung beras dan ketepikan
3.       Pukul butter, minyak sapi, dan gula dengan mixer sampai warna kuning pucat
4.       Masukkan kuning telur dan esen vanilla
5.       Masukkan tepung gandum-gaul pakai senduk kayu atau spatula
6.       Masukkan badam dan chocolate chips- adun sebati
7.       Cedukkan kecil-kecil pakai sudu teh sebab nanti biskut jadi gajah macam saya buat. Haha

8.       Bakar 150◦c selama 20 minit


putar putar
tambah badam
tambah choco chips

ready untuk bakar

Selamat mencuba! Nak sambung makan. Kbai!




Saturday, November 8, 2014

Resipi : Oreo Cheese Balls

Assalamualaikum...

Nak ehem la ni bila tetiba rasa nak makan coklat aje.. Aduh.. Tiba-tiba teringat tahun lepas ada tengok dekat www.allrecipes.com resipi Oreo Cheese Balls. Sedap...dan teringin terus.



Zasss gi beli barang dekat kedai

Bahan:


  • 1 pek atau berapa banyak lah Oreo tu nak guna. Kalau nak banyak, banyak
  • Cream cheese - kalau sebatang Oreo tu, 2-3 sudu besar je guna
  • Chocolate bars untuk dip


Cara-cara:


1. Hancurkan biskut Oreo dengan apa jua cara dan tenaga kerahan zahir mahupun batin


2. Bubuh cream cheese sikit-sikit dan gaul-gaul sambil try kepal

3. Kalau dah melekat tu buat la kepal sampai habis

4. Frozekan dalam peti 15-30 min

5. Keluarkan dan dip dalam chocolate yang dah dicairkan dengan cara double boil (letak air dalam bekas bawah, letak chocolate bars dalam bekas lain atas tu)


6. Hias ikut kreativiti, di mana saya sangat failed..hahhaa..white choc sini apa masalah ntah dah wat elok-elok berketul juga




Sekian, 
selamat mencuba!

Resepi : Congo Bars Senang Mudah Sedap

Macam-macam dah jadi blog ni. Kejap travels, kejap masak. Hehe takpe la kita campur je semua. Tadi saya try resipi congo bars. First time buat. Sedap gilak. Tak tahu la kenapa jual mahal gila. Mesti guna coklat mahal kot. Hehe ni pakai biasa aja. 

Bahan:

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 sudu kecil baking powder
  • 150 gram butter
  • 200 gram gula perang sila blend bole kurangkan kalau tak suka manis
  • 3 biji telur gred B suhu bilik. kalau dari peti ais sila biarkan 3-4 jam kat luar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup chocolate chips / pape nuts untuk tabur


Cara-cara:
  1. Panaskan oven. Putar butter dan gula perang low speed smpai sebati
  2. Masukkan telur dan esen vanila
  3. Putar medium speed kejap sampai sebati
  4. Masukkan semua tepung gandum dan baking powder. Putar medium speed sampai sebati kejap je
  5. Masuk choc chips dan kaup balik
  6. Ratakan atas dulang 9x9 inci yang dah greasekan
  7. Tabur choc chips atau kacang kesukaan
  8. Bakar 180 degree 40 mins atau sehingga masak
Tak sempat nak ambil gambar sangat





bawa pergi hospital..hehe




Selamat mencuba!

Tuesday, October 28, 2014

Resepi : Churros Rangup Gebu Lembut Sedap


Hamboi panjang tajuk..hehe..tapi ni la resipi churros paling sedap dan menjadi pernah ku try..

Tapi gambar hancus nampak nya, sebab piping bag plastik tu pecah. Terpicit kuat sangat der..

Memang menjadi dan sedap time try kat rumah dulu. Sesuai untuk minum-minum petang nanti.

Moh kita buat!

Bahan:

  • 250ml / secawan air
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 125g /agak secawan lebih-lebih sikit..kot.. tepung gandum
  • minyak untuk menggoreng kena deep fried
  • Piping bag dan tip kalu lagi molek macam star shaped tu
Cara-cara:
  1. Panaskan air+gula+garam sampai mereka hancur dan angkat dari dapur.
  2. Tunggu sekejap kasi sejuk sikit, curahkan tepung gandum sambil kacau air tu.
  3. Kacau-kacau sampai jadi macam macam doh dan tak melekat pada bekas.
  4. Panaskan minyak betul-betul panas.
  5. Picit dan putuskan dengan gunting dan goreng sampai golden brown (ada orang ajar picit atas baking paper pastu putuskan pastu pindahkan dalam kuali)
  6. Angkat dan boleh lah ditaburkan perisa kegemaran
    • gula castor/aising untuk tabur
    • cinnamon powder bagi yang minat
    • nutella / home made chocolate sauce
picit dan goreng
Ni gambar goreng kali lain buat pendek-pendek


Kbai thanks..

Love,

Si Mistik

Friday, October 24, 2014

Resepi : Alfredo Sauce al Pemalas

Perut rasa lapar, tapi rasa malas nak masak beria..

Maka hari ni termasak lah pasta Alfredo Sauce al Pemalas..tehee..

Ni dah lama pakai resipi dekat myresipi.com . Sangat mudah dan menyelerakan untuk orang nak bersenang lenang macam aku.

Tadi balik kerja rebus pasta terus sambil golek-golek.

Bahan-bahan :


  • Pasta - ikut nak pakai apa
  • Boleh tambah veggies apa-apa
  • Chicken stock
  • Susu segar - ikut nak berkuah banyak mana
  • Butter dalam 2 sudu
  • Oregano / Herbs pape
  • tepung jagung/ gandum untuk pekatkan kuah
Cara-cara : 

Mula-mula masak pasta as per instruction kat pek
  1. Panaskan butter
  2. Saute kan veggies - ku letak button mushroom
  3. Bubuh stock ayam - ku pakai satu cube pati ayam
  4. Kacau-kacau bubuh susu
  5. Bubuh tepung dalam 2 sudu besar
  6. Kacau dan tunggu menggelegak sikit dan macam kuah agak pekat
  7. Curahkan pasta
  8. Gaul dan perasakan ikut tekak - rasa dah tak perlu kot sebab stock ayam tu dah ok dah
  9. Makan!

Sorry, gambar tak memberangsangkan. Takde mood nak menghias..hehhe..

Selamat mencuba la ye..

Love, 

Si Mistik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...