Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Travel : Percutian ke Krabi & PADI Open Water Diving License

Hello hello...

Kali ni kita ke Krabi.

Matawang : Baht RM 1 = 8.3 Baht
Plug : Kalau plug Malaysia mata 3 sila bawa adapter. Dia mata 2 bulat dan empat segi tu je.
GMT : +7 lewat sejam dari Malaysia

Musim cuti lama-lama ni kita habiskan masa berjalan jela okeh? Kalau duit banyak lagi best sbenarnye...huu. Mau aku keliling satu donia!

Nak pergi Krabi ni dah lama dah. Sebab tengok ambil lesen menyelam kat sana macam murah! Dah rancang setahun dah, pastu duit Malaysia jatuh! Aku dah book dah! Cisssssssssss....! Mahal la jadi.
Patut dalam RM1400. Duit jatuh, jadi RM1800...haih haih. Takpe la dah book dh pun.

Harga dalam matawang sana 14,900 Baht untuk 3 hari course termasuk sewa peralatan seperti tangki oksigen, wet suit, mask, fins, pemberat tu, dan bot pergi balik ke pulau Phi Phi. Wei sini takde camera underwater la. Kena bawak sendiri, lupa nak tanye boleh sewa ke idok.

Sampai di Krabi jam 6 pm waktu tempatan, saya ambil taxi airport takut sampai lambat. 600 Baht tambang fix ke kawasan Ao Nang, masa dalam 40 minit. Shuttle bas juga ada, tapi lambat sikit dalam sejam macam tu.

Ambil pakej dari Aqua Vision Krabi. Dalam banyak-banyak diving school saya email, yang ni balas paling pantas. So, ambil yang ni lah. Mula-mula bayar half dari harga asal melalui PayPal. Sesampai di sana, perlu sign borang yang menyatakan kita sihat, dan macam borang keselamatan untuk naik bot. Esok janji dengan dia pukul berapa, cakap kita dok hotel mana, nanti dia pergi ambik.

Hari pertama, kelas dalam kolam aje. Kena berenang 200 meter non stop, kolam tu aku rasa 10 meter je, so kene pusing 20 kali. Hakak is pancit! Kemudian, kena apungkan diri dalam masa 10 minit tanpa bantuan ape2. Ko gile? Men tipu gak pegang kat tepi jap. Penat wei!haha..

Dalam kolam tu kami diajar bermacam-macam teknik dan isyarat keselamatan dalam kes-kes tertentu. Menarik! Cikgu sangat best dan penyabar, si cikgu Jeroen. Contoh kecemasan, dalam kes kita kehabisan oksigen di dasar laut. Ha, cuak tak?

Dah habis balik ke kedai dan tengok video ape yang kita belajar, pastu ada test sikit. Malam tu, aku makan kedai dekat tu je. Makan mi chambong. Sedap oi! Murah lak tu.40 Baht.hhehe

poyo-poyo depan kedai angkat equipment yang berat bak hang!
Hari ke dua masa untuk belajar di laut yang betul. Tapi kali ni pada kedalaman 12 meter je. Ni ha kau kene prektis apa belajar dalam kolam, di dasar laut betul. Konon-konon habis oksigen, pastu kene mintak kawan punye. Aku fikir nyawe terlayang-layang je bila bukak regulator tu (yang pakai kat mulut untuk bernafas). Ada 2 dive, lepas lunch atas bot. Kali ke dua aku lebih relax.

Lepas dive macam biasa, balik semula ada kelas tengok video, pastu test lagi. Memang belah petang after 4 camtu dah free dah. Gi la jalan mane nak.

Hari ke 3 kita nak selam dalam lagi. Kali ni test lebih extreme sikit, arus pun kuat, aku gelabah dah. Habis semua terbantut sebab aku.kekekek...kene pergi dalam 10 meter ke bawah, takda oksigen, kau naik, ha sekarang baju kau takde udara, mampuih nak kena tiup manual sambil kau apungkan diri, ni pun aku rasa nyawa terlayang-layang gak. Hahaha.. rasa nak blup blup turun ke bawah.

Hari terakhir baru aku sewa motor. Sehari (24 jam waktu) ada harga 200 baht, ada harga 250 baht, ikut la selesa. Aku sewa kedai tepi hotel, senang nak hantar balik kan, tapi kena bagi passport kita lah, tawakkal je.

Oh ye, kalau nak makan jimat, jangan makan along pantai Ao Nang, mahal nak mampuis, tak sdap pulak tu, lagi-lagi yang nama kedai Lemon ape ntah, Papan je besar. Pergi lah makan area berdekatan masjid nuh. Banyak sedap dan murah.

Jangan lupa beli penkek coklat ke pisang ke ape, sedap, ikut la nak taruk ape. Hari-hari aku bedal. 40 baht je harge.

Kelas diakhiri dengan tepukan dari semua atas bot. I am now an Open Water Diver! Tocey tocey!
wei kene makan qu puteh dah!

Macam biasa, diakhiri dengan upacara melompat! haha..kbai!












Thursday, December 3, 2015

Travel : Percutian Ekspress ke Singapore ( Universal Studios Singapore)

Assalamualaikum dan hello..

Lama tak tulis blog ni since takda aktiviti terkini, dan busy dengan semua urusan nak balik ke Malaysia. Haritu, aku bercuti secara laju-laju ke Singapore. Kenapa laju? Meh aku cerita...

Jeng jeng...

Kami bertolak petang ke Johor Bahru dari KL, sebab jam dalam KL, jadi bertambah la jam nak sampai ke Johor. Tiba-tiba pulak, dekat KM 120.5 lepas Yong Peng, tayar kereta pecah kau! Nasib kawan tu pro, terus bawa ke tepi. Punya la gelabah, sampai contact kawan kat Melaka suruh mai tengok. Ingat dekat ka? Then aku teringat kad tol PLUS. Kat situ ada contact number, call dan bagitau masalah dan kat km berapa, dalam 10 minit dia sampai. Cepat dan pantas! Syabas!

Paling tak boleh belah, time dia nak ambil spare tyre dalam bonet, tengok bonet bersepah penuh barang, dia tanya nak lari rumah ke? Hahaha ciskek betul!
ni cekonon pandai la ni..hahaha
Dah siap tu, pasang tyre spare, boleh bawa dalam 80km/j je. jenuh wei! sampai JB Danga Bay dalam pukul 1 lebih. Kami check in solat mandi tidur terus. Kelebihan duduk di Tunes Hotel Danga Bay ni, dia ada shuttle untuk ke Singapore! RM29 pergi balik. Boleh beli time tempah hotel tu, dan terus call ke Odyssey punya agent untuk chop tempat dalam bas. Better ambil pukul 7.30 punya trip. Kami silap tak call awal, dapat 8.30 punya trip, dan sampai Singapore 11 lebih camtu. Perjalanan campur jam campur Imigresen ke Singapore ambil masa dekat 2 jam.

Ok. Cerita pagi nya, kami check out terus, letak barang dalam kereta. Aku rasa safe juga park dekat Tunes Hotel tu, berpagar, dan ada pak guard. 8.30 pagi van kecil datang. Selesa juga. Aku ingat sampai ke Singapore naik tu. Rupanya dia hantar sampai tengah bandar, pastu naik bas 707. Dalam setengah jam kami tiba di Imigresen Malaysia. Sangat laju sebab pakai autogate. Then turun semula, bas tunggu sebelah sana. Macam tu juga sampai ke Imigresen Singapura, turun bas (kalau ada luggage bawa turun semua) yang mana ambil masa sikit sebab manual. Dalam 30 minit juga beratur. Lepas tu cari semula bas tu kat bawah.

Dah lepas tu bergerak lah ke USS di Sentosa World. Sampai tempat parking tu, naik lah escalator ke atas. Sampai lah kat globe USS tu.Ambil gambar puas2 ok. Kami bayar tiket pakai kredit kad ayah kawan tu, mastercard dapat discount 10 singapore dollar ok! So tiket jadi 64 singapore dollar instead of 74 dollar. Masuk tu aku cadangkan ambil peta dan pergi tempat jauh dulu. Biasa orang gerak dari entrance dan ke tempat jauh.

Balik tu patut kami pakai bas yang sama sebab dah beli pergi balik, tapi nak kejar kedai tayar punye pasal, kami kejar bas loceng kat tempat parking bawah tu. bayar 5 singapore dollar je. Drawback bas ni, lepas Singapore Immigration, berlambak orang balik kerja akan naik jugak, Dan lepas Imigresen Malaysia, dia stop sampai situ je. Jadi kami jalan ke arah stesen bas JB city centre dan tanya bas mana lalu Tunes Hotel Danga Bay. kena jalan sikit la. Bertolak pukul 6, kami sampai 7.30 ptg terus gi cari kedai tayar. Tutup dah! Cis. Okay takpe. Pastu balik la KL maintain kelajuan bawah 80km/j. hahaha jem pale wei slow gile. Aku rasa ni la jalan-jalan paling laju dalam hidup aku. Berlari wei! Layan gambar lah!

Total cost.

Minyak kereta share pergi balik = RM40
Tol share pergi balik = RM27
Hotel share 3 orang = RM49
Shuttle ke singapore pergi balik = RM29.10
Makan+beli jajan roti bagai = RM35
Tiket USS = RM180
Souvenir Singapore dollar 30 = RM90

Total = RM441.10
awal-awal tak ramai orang. dekat nak tutup lagi ramaii!


basah main air dekat jurrasic world tu...huu..
ni memula ada show tarian. pastu boleh bergambar dengan diorang. show start jam 5 kat sini







Sekian!

Love,
Si Mistik

Sunday, February 8, 2015

Percutian ke Abu Dhabi : Day 3- Dubai

Hello.harini kami pergi ke Dubai. Dubai dan Abu Dhabi ni takde la jauh. 2 jam naik bas. Kalau sesiapa yang macam merancang percutian budget, molek duduk di Abu Dhabi, sebab kos dia lagi murah dari Dubai. Dubai ni pergi sehari dah okay kot. Kalau setakat nak shopping kat mall, kat Abu Dhabi pun banyak shopping mall dah.

Kami bangun awal pagi lagi haritu, jalan kaki pergi Abu Dhabi Central 1 Bus Station, sebelah Al Wahda Mall. Tiket one way bus Emirates berkos AED 25, tak pasti boleh ke tak beli terus pergi balik, sebab kami beli tiket return dari Dubai, tak pasal-pasal kena beli dalam bentuk kad pulak. Makan sampai AED 35 pulak tu sekali. Eii geram gua.

Bas dari Abu Dhabi ada dua, nombor  100 dan 101. Nombor  100 akan berhenti di Ibn Batutta Mall, di mana metro ada dekat situ, senang nak pergi ke Mall of Emirates. Kalau nak ke Bandar tengah sikit ambil bas no 101, di mana stesen akan berhenti di Al Ghubaiba. Tu pun ada metro jugak, don’t worry, semua walkable distance aje.

Dalam bus ada wifi, tapi kena register.  Since kitorang tak beli pun nombor UAE, bantai aja masuk nombor  pape time nak login tu sampai tak boleh taip dah. Disahkan berjaya! Haha…aku mati kutu kalau takde internet sekarang.

Since taxi mahal kat Dubai, kami usha kat Groupon. Syukur ada offer hop on and off bus Easytours.com buat promotion, harga asal AED140 sorang untuk adults, kami dapat AED135 untuk dua orang. Murah tak??? 4 jam okay la dia bawa keliling Dubai sambil dia cakap-cakap, dan ada pit stop untuk ambil gambar. Dia punya tourist guide not bad, buat lawak bagai. Tours ada 2 session. Satu sessi pagi 10am-2pm, dan malam dari 4pm-8pm. Meeting points near Burjuman Center, dekat saja dengan metro.

Points yang bus ni bawa kami berjalan termasuklah :
·         Dubai Museum
·         Jumeirah beach di mana boleh ambil gambar berlatar belakang Burj Al Arab, hotel mahal tu
·         Ada art museum
.     Dubai Palm yang pulau buatan bentuk macam pokok palma tuh, jalan pusing pulau
·         Old souk Dubai
·         Dubai Mall ( kalau nak turun situ terus akhirkan tour pun boleh)
·         Burj Khalifa- kami sepakat malas belaka nak turun, dia bawa bas pergi dekat menara tu aja. Snap-snap gambar. Cabut..hehe
·         Banyak lagi lah tempat tak ingat.

Jom layan gambar aje..

Untuk borong jubah pula, kami ke Naif Souq, yang terletak di bandar lama Dubai, area Naif. Kami habiskan tour di Burjuman Centre dan pergi ke Metro untuk ke Baniyas Square Metro Station. Harga metro ni ikut macam Zon. Tak kira distance. Contoh Kalau nak dari A ke B walau satu station, tapi kira berlainan zon, kos dia AED 18. Kos ke Baniyas Square adalah AED18.

Kami pening sebenar nya tanya orang kat situ tak tahu Naif Souk arah mana. Pening juga. Senang kira, usha ada masjid dengan menara yang bila keluar dari Baniyas Square Metro station punya escalator, tuju ke arah tu. Souk ni terletak betul-betul sebelah masjid tu. Jubah murah-murah boleh dapat semurah AED30! Kalau nak kualiti elok, sampai beratus pun ada. Ada jubah macam Neelofa jual tu, cantik sangat. Harga AED250. Aku tawar sampai dapat AED90.

Jangan takut nak tawar. Memang nak menangis sebab murah sangat. Nak menangis jugak sebab tak banyak duit. Haha












borong jubah..hehe.terus pakai buat solat



Thursday, February 5, 2015

Percutian ke Abu Dhabi : Day 2- Marina Mall & Desert Safari

Bertemu lagi untuk episod sekaliannya...episod??? Berangan drama pulak dah..

Harini bangun lewat sikit sebab penat. Tak pergi jauh-jauh pun. Pergi Marina Mall Abu Dhabi naik taxi cost dalam AED 20. Tapi ada aje bus. Pilih bas nombor 32 ke Marina Mall. Marina Mall ni dekat dengan pesisir pantai camtu. I iz kempius u know pantai kat sini buatan ke ori..hehhe..yela sebab banyak pulau fake kat UAE ni.

Dekat-dekat dengan tu molek lah nak bergambar, boleh sewa basikal bagai, tapi takde masa. Kawan nak cari Dr Martens uols.. Jenuh la nak cari susahnya Dr Martens ni ha. Kalu duduk UK dah lame borong kasut tu. Takda pula kat mall tu. Jadi ada sale Timberland beli aje la..kata nak pergi desert kan..harus poyo-poyo pakai boots.hahahhaha

Kami cam biasa la cari coupon kalau boleh paling murah nak rembat paling murah. Jumpa kat Groupon UAE Desert Safari deal dari Nettours untuk 2 orang AED 250. Murah ke idokk??? Harga sorang AED 250 tahu!

Aktiviti desert safari ni macam biasa lah ada dune bashing, shisha, belly dance ( tapi cancel sebab raja arab saudi meninggal katenye mase tu, jadi kena hormat ), henna drawing, makan-makan, naik unta, sand boarding, atv, pakai costume, lagi ape dah..ha tu semua ikut suka lah, sebab aktiviti bebas..

Kami janji dengan agent tu dekat Sheraton Corniche punya parking. Bergerak dalam pukul 3.30 camtu, ambil masa 40 minit lebih kurang, pergi ke arah desert dalam bas kecil. Desert tu terletak on the way ke Al Ain.

Malas nak bebel panjang-panjang. Hanya gambar mampu berikan gambaran. Eh??

lepas naik bas tu naik 4wd ni ke camp

nampak je matahari camtu...sejuk uolsss sampai bulan 4 rasanya


Camp site

konon nak deep






sand boarding..cuak de bebeh

ATV..kena bayar AED50 ni untuk 10 mins..tapi aku bawak bersungguh-sungguh press minyak..siokkk!

suwit tak kami?ehehhee


Di akhiri dengan upacara melompat..hahaha..kbai


Sunday, October 26, 2014

Percutian Ke Korea : Day 6 - Shopping Myeondong, Namdaemun Market

Harini hari shopping-shopping..yehuu ( padahal duit dah kering..ngeheheh)

Myeondong
DIrection : change to Line 4 exit 7 or 8 mana-mana pun boleh...

Shopping la kosmetik sampai pengsan ye sana...pastu jangan lupa mintak borang tax refund. Untuk setiap pembelian 30,000 won ke atas sahaja layak, maka kumpul-kumpul lah dengan kawan-kawan bawah satu resit.

Kami guna duit tax refund tu untuk makan kat airport..nomnom

Pegang barang orang je.. huu
Makan : Kami makan di Eomoni Jib. Rasa nak pengsan pun ada bayar makanan sini. Sorang 36,000 won boleh tak? Makan seafood stew. Bukan sedap pun. Apa pun tara rasa. Kami order seafood stew, korean pancake, dan mi ape ntah. Total 80,000 won lebih (RM240++). Rasa nak sekeh je orang tu! Huh!

Tapi sapa-sapa nak cuba boleh je..hehe

Eomoni Jib Seafood
Direction : From Myeongdong Station (Line 4), walked straight from Exit 6. Jalan jauh lagi sampai lepas Pizza Hut bagai..
Turn right onto the small alley between Frisbee (with an Apple Mac logo) & eSpair stores.
The restaurant will be the first on the right side.


Baik makan churros ni..Tapi 3,00 won ( 9 henget)... * geleng-geleng pala

Next, shopping di Namdaemun Market. Sila beli souvenir atau baju I LOVE KOREA di sini!!

DIrection : change to Line 4 exit 5, belok kanan ke belakang terus. Jalan la mana-mana pun. Sepanjang-panjang tu kedai.

Kat Namdaemun Market ni, kena pandai menawar-nawar sampai la paling murah. Lagi satu, jangan beli baju I LOVE KOREA bagai dalam kedai. Mahal! Harga 7000 satu, beli banyak 5000 satu. Walhal, kami jalan depan sikit, dia bukak kedai macam lambak je atas jalan, 3 helai 10,000 won! Ku nak pencan situ jugak! Tipu tertipah!

Yang pakcik ni, time keluar exit 5 tu, lepas belok tu, nanti ada nampak 2 junction. Junction dia yang kanan, jalan je straight sampai nampak ada pakcik ni dok tengah jalan dia lambak je baju tshirt tu bagai.

Saja nak tunjuk pancake sedap ni..hehe..1000 won
Untuk beli keychain dah souvenir, cari bangunan warna Oren. Kat tingkat bawah tu, ada kedai souvenir. Dekat dengan kedai yang jual macam english punya cadar-cadar dan langsir tu. Makcik tu baik woo...Kat luar kitorang ada beli sepapan 10,000 won, dia kasi 6,000 won. Yang harga 8,000 won, dia kasi 5,000 won. Aku nak nangis situ jugak lagi sekali sebab dah tipu tertipah kat kedai luar..hukk

Untuk beli brooch.. kalau anda dah kat side bangunan oren yang jual bag, bagai tu, naik escalator, cari exit untuk seberang ke sebelah. Banyak orang hisap rokok kat jambatan tu. Cari kedai 209, ni kakkiahsukatravel.blogspot.com yang ajar suruh beli kat makcik tu..tengok nombor kedai kat atas siling tu. 

Variation brooch ikut size. Paling kecil 1,000 won, medium 1,500 won, besar sikit 3,000 won, yang besar lagi pun ada 5,000 won. Siap dapat percuma lagi.. heheh..kamsamida ahjumaa~


Ok, dah habis entry Korea... Fuhh..legaa...

Kbai,

Thanks,

Si Mistik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...