Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

Percutian Ke Korea : Day 6 - Shopping Myeondong, Namdaemun Market

Harini hari shopping-shopping..yehuu ( padahal duit dah kering..ngeheheh)

Myeondong
DIrection : change to Line 4 exit 7 or 8 mana-mana pun boleh...

Shopping la kosmetik sampai pengsan ye sana...pastu jangan lupa mintak borang tax refund. Untuk setiap pembelian 30,000 won ke atas sahaja layak, maka kumpul-kumpul lah dengan kawan-kawan bawah satu resit.

Kami guna duit tax refund tu untuk makan kat airport..nomnom

Pegang barang orang je.. huu
Makan : Kami makan di Eomoni Jib. Rasa nak pengsan pun ada bayar makanan sini. Sorang 36,000 won boleh tak? Makan seafood stew. Bukan sedap pun. Apa pun tara rasa. Kami order seafood stew, korean pancake, dan mi ape ntah. Total 80,000 won lebih (RM240++). Rasa nak sekeh je orang tu! Huh!

Tapi sapa-sapa nak cuba boleh je..hehe

Eomoni Jib Seafood
Direction : From Myeongdong Station (Line 4), walked straight from Exit 6. Jalan jauh lagi sampai lepas Pizza Hut bagai..
Turn right onto the small alley between Frisbee (with an Apple Mac logo) & eSpair stores.
The restaurant will be the first on the right side.


Baik makan churros ni..Tapi 3,00 won ( 9 henget)... * geleng-geleng pala

Next, shopping di Namdaemun Market. Sila beli souvenir atau baju I LOVE KOREA di sini!!

DIrection : change to Line 4 exit 5, belok kanan ke belakang terus. Jalan la mana-mana pun. Sepanjang-panjang tu kedai.

Kat Namdaemun Market ni, kena pandai menawar-nawar sampai la paling murah. Lagi satu, jangan beli baju I LOVE KOREA bagai dalam kedai. Mahal! Harga 7000 satu, beli banyak 5000 satu. Walhal, kami jalan depan sikit, dia bukak kedai macam lambak je atas jalan, 3 helai 10,000 won! Ku nak pencan situ jugak! Tipu tertipah!

Yang pakcik ni, time keluar exit 5 tu, lepas belok tu, nanti ada nampak 2 junction. Junction dia yang kanan, jalan je straight sampai nampak ada pakcik ni dok tengah jalan dia lambak je baju tshirt tu bagai.

Saja nak tunjuk pancake sedap ni..hehe..1000 won
Untuk beli keychain dah souvenir, cari bangunan warna Oren. Kat tingkat bawah tu, ada kedai souvenir. Dekat dengan kedai yang jual macam english punya cadar-cadar dan langsir tu. Makcik tu baik woo...Kat luar kitorang ada beli sepapan 10,000 won, dia kasi 6,000 won. Yang harga 8,000 won, dia kasi 5,000 won. Aku nak nangis situ jugak lagi sekali sebab dah tipu tertipah kat kedai luar..hukk

Untuk beli brooch.. kalau anda dah kat side bangunan oren yang jual bag, bagai tu, naik escalator, cari exit untuk seberang ke sebelah. Banyak orang hisap rokok kat jambatan tu. Cari kedai 209, ni kakkiahsukatravel.blogspot.com yang ajar suruh beli kat makcik tu..tengok nombor kedai kat atas siling tu. 

Variation brooch ikut size. Paling kecil 1,000 won, medium 1,500 won, besar sikit 3,000 won, yang besar lagi pun ada 5,000 won. Siap dapat percuma lagi.. heheh..kamsamida ahjumaa~


Ok, dah habis entry Korea... Fuhh..legaa...

Kbai,

Thanks,

Si Mistik

Friday, October 24, 2014

Percutian Ke Korea : Day 5 - Trick Eye Museum, Ehwa Women University, Itaewon Mosque

Hoi rasa nak give up je panjang sangat entry pasal Korea ni..huu.. Tapi takpe lah, sharing is caring, walopon blog tak laku..kahkah..

Ok cerita pasal Trick Eye Museum, Hongdae

Direction :
  1. Pergi Hongik Station (Subway line 2), exit 9.
  2. Dari Exit 9, pusing kiri dan jalan straight aje..
  3. Bila nampak Dunkin Donut, pusing kanan, jalan straight sampai nampak jalan besar.
  4. Cross jalan besar tu pastu tengok-tengok la belah kiri, entry trick eye museum ni macam nak pergi subway bawah tanah je. Kat atas tu ada Museum Love..tapi aku nampak kelucahan dari luar! Andeeeeeeeee~!
Cost : 15,000 won, free masuk museum ice

Enjoy jela gambar yang banyak tak menjadi je T_T





gile..hahaha

Ewha Women University

Direction : Go to Ewha Women University Station Line 2 exit 2 and 3

Pastu jalan la tengok ke arah macam naik bukit camtu.. kitorang ikut je mana orang ramai jalan..kahkah..jauh ok? Penat gile. Patut la orang Korea kaki cikeding cantik-cantik. Semua jauh kena jalan.

Sini shopping baju-baju ada, stokin comel-comel ada.


Tak boleh terima perkataan Womans tuh...
 

Next, kami pergi ke Itaewon, kawasan orang Islam, pak-pak arab turki bagai ramai sini.

Direction ke Itaewon :

Tukar Line 3 pastu jalan sampai ke Yaksu
Tukar Line 6 sampai Itaewon... sorry, tak ingat direction, tapi ada tulis exit tu ha..hehe..kitorang tanya information counter aje, yang penting jalan kene naik bukit okayy??? Lagi satu kesemputan melanda..

Makan dekat Muree Restaurant..jalan je lagi sampai nampak restoran ni sebelah kanan..kawan aku nak sangat rasa bibimbap. Aku tak makan daging, so, sebab dah gile bosan dengan makanan Korea, aku order briyani..haha

Tak menyesal pun, sebab kawan aku kata bibimbap tak sedap.. harga 8,000 won

Lagi satu kitorang order pancake..ok la.............................panjang titik ada makna..haha.takde la tak sedap..tapi ok laa.... harga 7,000 won kalau tak silap





Last sekali, pergi solat kat masjid Itaewon...napa la gambar aku selalu failed..panorama tak masuk frame..haih...

ok setakat ni dulu...

kbai..

Love,

Si Mistik





Wednesday, October 22, 2014

Percutian Ke Korea : Day 4 - Kimchee Dongdaemun Guesthouse & Hangang River Cruise

hello dah habis merepek pasal nak kahwin tu kan... sambung balik cerita holiday ni..ngeh ngeh..

Harini kene tukar guest house sebab kitorang sebenar patut gi Japan dulu, pastu Korea. Dah beli dah tiket KL- Haneda, Incheon-KL, tapi takde lagi tiket Haneda-Incheon.

Oleh sebab tiket adalah mahal ya Rabbi, lepas tu ada promo pulak KL- Incheon, jadi kami batalkan trip ke Japan. Kimchee Dongdaemun Guesthouse ni dah tempah lama, dan takde kekosongan, sebab tu kene juga pergi guesthouse lain sebelum ni... arassoo??hehe..

Cost Kimchee Dongdaemun Guesthouse ni 18,000 won sekepala. Sepatut nya dia style room backpackers camtu, kalau korang ada 3-4 orang, ngam-ngam lah untuk conquer sebilik terus. Bathroom pun besar dan attached. Tapi kitorang kene duduk tingkat 3. Aiyooo patah pinggang gak la nak angkat bag. Nasib la diorang tolong..kihkih. Kalau untuk mak-mak tua-tua sikit tu I tak cadangkan mana la duduk sini.. Hazabbb...

Korang boleh check rate dekat sini Kimchee Guesthouse




Sebab penat kami rehat-rehat sampai malam. Pergi Yeouido Park aje.. train punya la jauh tempat ni. Macam baru aje. Patut elok pergi petang-petang macam tu tapi dah terlajak tidur bagai, dah malam kekdah nye. Sejuk gila kau!

Direction :

  • tukar line purple, Naik subway Line 5, exit 3 Yeouinaru Station. Keluar je dari station, jalan menuju ke Hangang River dalam 10 min jumpa la Yeouido Dock.
  • Sebenarnya kami adalah confuse, direction bagi macam tu..stress gua..kalau nak pasti, cari KBS building..haa jangan jalan ke arah tu. Pusing belakang..jalan je straight sampai nampak macam meriah-meriah. Situ la dock.
Kitorang rugi la tak pergi hari Sabtu, ada firework show tahu..rugii... Ni kitorang ambil cruise pukul 9 pm.. K Live show katenye...walhal B Boy menari-nari aja..tapi fun la. Arah pergi dia macam cite la kisah jambatan-jambatan, arah balik baru ada show..lawaaa...

Fare : 15.000 won



Ni dalam cruise ni kat atas, open space

mewahh...







Ok tu je kisah harini..jangan lupa bookmark dan follow ye..tq

Love,

Mistik

Sunday, October 19, 2014

Percutian Ke Korea : Day 3 - Gyeongbokgung Palace, Namsamgul Hanok Village, Namsan tower

hello...

harini pergi tempat macam lama-lama sikit..istana bagai..

adalah amat noob tak buat kajian pasal waktu dan timing untuk upacara tukar pengawal istana..kami pergi haritu adalah cancel..sedih.. jadi ambik gambar laju-laju lepas tu balik..hehe


  • Gyeongbokgung palace- 

    • Ambil station dari hotel pergi ke Ambil Line 3 pergi Gyeongbokgung station exit 5
    • KRW 3000 entrance fee kalau nak masuk taman terlarang, eh?
    • ada timing untuk tourist guide dalam bahasa korea, china dan english
  • Namsamgul Hanok Village

    • Ambil Line 3 pergi Chungmuro station
    • Exit 4 keluar tu belok kanan dan lintas jalan dekat stesen minyak pastu jalan straight macam naik bukit camtu
    • kat village ni sebenarnya boleh pakai Hanbok bayar 3,400 won. tapi kami salah hari lagi, tutup pulak..hehhee..bermula after 3.30 pm untuk sewa hanbok ni

  • Namsan tower ( jalan panjat bukit penat wooo...)
    • Ambik Line 4 pergi ke Myeongdong station
    • Ambik exit 3 (sebenar pusing kiri dan belakang dari exit ni)
    • Ambik wide road next to convenient store (macam 7E)
    • Terus sampai belah kiri ada Pasific Hotel
    • Jalan terus sampai ada nampak small stairways
    • Naik stairways sampai ada banyak2 restoran sebelah kanan
    • Jalan terus (ada vacant lot belah kanan) nanti ada cable car platform)
    • Beli tiket booth tingkat 3
    • Cable car tingkat 4
    • Cable car fees return 26,000 won..agak menangis di situ
Untuk ke Namsan tower tu rupanya ada tram, jadi tak payah la panjat bukit macam orang gile sebenarnya sebelum naik cable car. Aku discover on the way balik. Cari exit 5 dari Myeongdong Station. Dah keluar tu belok kiri dan jalan je straight. Sampai nampak ada tram. Aku tak pasti bayaran dia macam mana sebab tak naik.

Dekat Namsan tower tu boleh masuk entrance fee 8000 won tak silap, dan boleh masuk ke Teddy bear museum lain bayaran.. kitorang penat dah takde mood sebab naik cable car macam ikan sardin dalam tin, so amek gamba sepukul dua, pastu balik. Enjoy gambar jelah..hehe..







Balik tu apa lagi.. kami makan la...hehehhe.. Yoogane ni dekat myeongdong juga

Yoogane
Directions - How To Get To Yoogane (Myeongdong Branch)
Take Subway Line 4 to Myeong-dong Station (Exit 8).
Make a left and continue for 250 meters to reach the restaurant on the right.
Restaurant ni lepas sikit kedai MCM

Kami pilih nasi goreng untuk 2 servings walau 3 orang. Macam banyak. Pilih seafood punya, tambah tteokbukki dan mozarella...hehe ok la sedapp...nomnom.. orang tu datang goreng okay. Kitorang punye la blur die tinggal je rupanya nak panaskan kuali je, kitorang buat macam rumah sendiri nak buat menumis bagai..hehhee.. dalam 14,000 won untuk 3 orang


nampak tak cheese dia tuhhh..slupsss

okay tu saja.. jangan lupa bookmark and follow..

thanks..

love, 

si mistik




Friday, October 17, 2014

Percutian Ke Korea : Day 2 - Lotte World & Tteokbukki Street

Hai... saya adalah bijak, tak tengok dah public holiday ke apa kat Korea..

Dah la plan gi Lotte world, semalam adalah baru sampai, harus la penat ya Rabbi..aku rasa membazir tiket sebab penat dan ramai sangat manusia, tak sempat naik semua ride..

Plan hari ke- 2 ke Lotte World ( Jamsil, Line 2, exit 3) ...haha besar tak dan makan tteokbukki ( Go back to Sindang, Line 2, exit 8 )

Masa beli tiket bas dari airport tu ada macam kertas dekat tiket tu, ada discount 10% okay. Satu coupon tu valid untuk 4 orang. Harga tiket ke Lotte World adalah 42,000 won jadi dapat diskaun, pandai-pandai lah kira.

Sini banyak couple bersuwit-suwit pulak sampai naik menyampah aku tengok...diorang ni over sikit public display of affection tu..pffttt...pakai couple shirt bagai..

Boleh kah solat di Lotte World? Dalam website tourism korea cakap ada dekat 4F tapi ntah macam takde je...surau adalah takda, jadi aku solat dekat cawan pusing-pusing tu kat bawah, tepi tu macam ada toilet, ada tangga tepi tu ada ruang sikit, boleh la solat. Tapi bersedia jelah orang-orang dalam cawan tu tengok kau pelik..hahah..ambil la air dari toilet, basuh anggota wudhu yang wajib dekat luar tu dah cukup, jangan la pergi buat banjir pulak situ, okay???

Layan jela gambar Lotte World ni







 Lepas tu kami makan tteokbukki...tempat ni memang famous, sepanjang-panjang jalan ade tteokbukki.. tapi paling terkenal kedai kami gi makan ni, siap masuk tv okay kedai ni.

Route
By Subway
Sindang Station (Line 2) > Exit 7
Direction:
- Jalan straight sampai ada kedai baiki motr dan sampai jumpa 1 lorong (Dasan-ro 39-gil) kedai ada signboard sotong colour merah belah kanan
- Masuk lorong tu dan akan jumpa satu pintu gerbang besar sebelah kiri korang seperti dalam gambar 

- Straight dan akan jumpa restoran Mabokrim Halmeoni Ddeokbukki ni di sebelah kiri korang dan berhadapan dengan kedai I Love Sindangdong



Sedap okay?? Hehe... berakhir hari ke 2.. nanti sambung hari ke 3 pulak kami ke Gyeongbokgung Palace, Namsamgul Hanok Village, dan Namsan tower.

Jangan lupa follow dan bookmark...

Tengkiu..

Love,

Mistik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...