Hello hello selamat tengah hari selamat siang Assalamualaikum..
Dok tengok kat Facebook kes tweet yang katanya budak overseas ni tahu jalan je kerjenya ye..Aku pun tahu nak berjalan. Tapi duit takdak. Kahkah. Semenjak dapat scholar ni, parents tak bagi duit dah. Kat sini ke, kat Malaysia ke, harus pakai duit sendiri? Tak ke ko nangis. Mane tak habis elaun aku. Ada yang jenis kaya, mak ayah support hidup kat Malaysia time cuti, tak usik elaun. Tapi aku jenis beli barang semua duit sendiri, lagi-lagi ada adik, harus la nak belanja diorang bagai. Mampu krik krik jelah..
Ada pro nya, dan ada kontra nya study overseas ni. Kalau aku, aku pilih untuk study kat Malaysia. Sebab ape? Malaysia best.. Kata aku yang kena duduk study tempat tak best macam India ni lah. Okay, kita tumpukan bab elaun besar, reti nak berjalan, habiskan duit government.
Ye, aku akui elaun banyak. Mula-mula fly dapat USD700. Pastu tahun ni, kerajaan naikkan USD805. Alhamdulillah, syukur. Rezeki. Compare dengan elaun dapat dengan kos hidup kat India ni, memang aku akui ramai dapat simpan duit banyak, tak termasuk aku. Sebab aku ni kureng pandai manage duit. Diorang banyak duit sebab selalu masak, jalan tak banyak. Aku ni ha, sebab duduk sorang, masak tak beria sangat. Tapi stil banyak masak dari makan luar, sebab bukan taste tekak pun.
Pro duduk Overseas:
1. Dapat tengok tempat orang/ jalan-jalan makan angin
Aku tak rase pelik aih diorang nak jalan. Ada yang sampai kerja kot nak simpan duit nak jalan. Kau tak gile ke bila cuti dah penat study, dok terperuk kat bilik, orang pergi tengok tempat-tempat. Memang lah aku pun rasa jeles. Kalau dari India nak pergi Europe, dengan jarak lagi, dengan beza matawang lagi, kena kumpul berbulan-bulan kot duit. Aku tak pelik la kalau diorang nak jalan kat sane pun. Tiket flight tak mahal, pastu diorang dah terbiasa dengan kalau makan sebanyak ni, contoh jumlah die Euro10, tu benda biasa. Kalau aku yang dari India ni, Euro10 nak dekat dengan 700 Rupees, rase nak nangis je bila terkenang boleh makan capati 100 keping sampai pengsan. Hahah..Memang terlebih mampu sangat lah nak guna elaun diorang tu. Abeh, nak simpan duit pastu nak gi tabur dekat sapa?? Diorang ada hak untuk spend duit la.
Pastu, harus la ambil gambar nak nampak gembira, tempek sebijik dekat Facebook, Instagram, Twitter. Kalau nak riak tu, diorang punya hal lah kan. Ni semua atas niat. Takkan nak post gambar air mate tengah berjurai-jurai depan Big Ben ke, depan Eiffel Tower ke, untuk taknak kasi orang rase jeles. Aku pun jeles weh! Tapi takpe la dorongan kumpul duit, nak merasa jugak kekdahnye.
Kalau kau dapat peluang jugak, menipu sangat lah kau akan simpan duit tak usik je, alasan sebab tu duit rakyat. Kau akan simpan dalam bank, pastu balik Malaysia sedekah dekat rakyat semua ke? Takde punye.
2. Elaun banyak
Betul, elaun banyak. Tapi tengok la kos hidup pula. Dari A-Z kena pakai duit elaun. Dari sewa rumah, bil letrik, bil itu, bil ini, tak kira duit topap telefon nak berjoyah dengan mak pasal hal ehwal semasa dekat kampung lagi. Kan? Kerajaan ni dah bagi elaun, berdasarkan geografi tempat dah, dia dah kaji. Takde nye die terlebih pemurah nak kasi lebih. Orang yang duit banyak tu aku simpulkan sebab dia pandai menyimpan.
Senang cerita, tepuk dada tanya selera. Lain orang lain lifestyle. Macam aku ni dok kira tarikh je bila nak masuk elaun. Hahaha
Eh, kenapa rasa dua je pro study overseas ni? Banyak je lagi kot. Tapi entah la labu..macam tak memberi impak sangat. Kata jadi berdikari la hape la, ada je yang hampeh lagi buat gaya duduk rumah macam ada orang gaji kekdahnya, aku la pulak orang gaji tu. Kahkah. Kidding.
Kontra duduk Overseas :
Ni kalau aku nak list 100 muka surat pun tak habis.
1. Makanan tak best/halal susah
Perasaan rindu kat makanan Malaysia tu, tuhan jelah yang tahu. Kat Malaysia, rasa nak makan je, pergi beli. Ni kat sini, tak pasal-pasal aku reti memasak, membaking, bla3 kembang hidung bla3.
Kat sini, makanan halal takde hal. Kasihan duduk tempat yang majoriti bukan orang Islam.
2. Jauh dengan family kalau ada sebarang mudarat/sakit/kematian
Ni part paling aku risau. Walaupun flight 4 jam je balik Malaysia, tapi tempat aku ulu tahu! 273 kilometer dari Airport. Tak pernah jiwa rasa tenang. Dok fikir kalau jadi apa-apa kat family macam mana. Kalau ada kematian (Nauzubillah), sempat ke aku jumpa? Risau weh, jiwa kacau, lagi-lagi dengan ada ayah yang tak berapa nak sihat.
3. Kena adapt dengan gaya hidup/bahasa tempat yang kita duduk
Masalah Islamophobia, racist, tak pernah selesai. Aku duduk India ni, di racistkan jugak, oleh budak-budak jeles yang rasa kitorang tak layak masuk medical school, sebab masuk pakai bayaran, walhal mereka kena bersusah payah ambil entrance exam untuk dapat seat. Hello, mana aku tahu. Universiti ko open tempat untuk kitorang kot, dengan bayaran, dah kejadah apa aku nak kena rasai bersusah payah macam kau jugak? Ingat kitorang senang ke nak fly? Buat preparation A Level dulu bagai bak rak ok? Kalau tak lepas point, takleh fly.
Mujur sini takde kes Islamophobia sangat, tapi takut jugak time ada riot yang berbaur perkauman, terutama antara Islam dan Hindu kat sini. Sampai polis kena jaga depan hostel kitorang.
Hal racist, terutama sekali time exam. Walau kau hebat, belum tentu dia nak bagi pass pun. Banyak je examiner yang tak suka dengan Malaysian, ingat kitorang masuk medical college dengan cara senang.
Eh kejap, chop chop! Kalau ambil kesempatan kat bangsa luar dari dia ni kira racist jugak tak? Kitorang ni asyik kena pow je, kena charge lebih, sebab diorang tahu kitorang dapat elaun. Tapi sakit hati tu lagi banyak la duduk sini oi. Ingat elaun ni nak kasi kau je ke? Tak pasal-pasal aku pulak jadi racist.
Hal bahasa, ya Rabbi, aku mampu mengucap aje. Kami ni tak didedahkan dengan program belajar bahasa pun. JPA ada. Dengan datang sini tak paham sepatah habuk, kitorang ambil inisiatif upah orang local mengajar bahasa, tu pun sekerat jalan sebab cikgu tu sakit. Seksa weh belajar bahasa sini, Bahasa Kannada, yang aku dulu tak pernah tahu pun wujud bahasa ni. Ok, aku salahkan effort aku, sebab tak usaha sungguh-sungguh. Tapi betapa susah nak cakap dengan orang sini, bila kau belajar pun, satu kau tanya, seribu patah dia jawab sebab ingat kau faham. Mampu angguk dan sengih macam kerang busuk je tanda setuju. Sah sah sah...Kikiki
Tak kurang juga family patient nak marah, sebab kita tak faham..hmm sedih..mengamuk macam nak bertumbuk sampai.
4. Cuti perayaan untuk bersama keluarga tiada.
Kat tempat aku, ada lah cuti Raya Aidilfitri, sehari. Nak balik pun fikir sejuta kali, dengan kelas nya. Pastu aku ni dah start internship. Jenuh juga nak fikir kalau minta cuti nanti kena ganti. Adalah bersyukur duduk Malaysia cuti raya dapat bersama family, ada cuti selama sekian-sekian.
Kami? Tak duduk jauh tak rasa weh. Rindu pulut lemang karipap cincau kat Malaysia. Makanan je keje aku ni..haha
Camtu lah kami yang duduk jauh ni sebenar. Yang kat Malaysia, nak berada kat tempat kami. Kami pulak nak berada kat tempat mereka. Biasa lah, manusia mana yang pernah puas dengan hidup dia, termasuk aku lah. Apa-apa pun, peluang tu sentiasa ada.
Aku berangan jugak nak main selji. Mak aku kate takpe lah ko duduk Yindia berpanas-panas, nanti ko rajin ko sambung la setadi kat tempat lain pulak. Ye dak?
Kat Malaysia aku bersyukur peluang pendidikan tu ada, walau tak percuma, kalau bandingkan dengan sini, sangat susah untuk dapat biasiswa, duit yuran kolej tu bayar sendiri. Kalau nak baiki status keluarga tu susah, Aku syukur masih diberi peluang. Alhamdulillah