Wednesday, January 20, 2016

Travel : Percutian ke Krabi & PADI Open Water Diving License

Hello hello...

Kali ni kita ke Krabi.

Matawang : Baht RM 1 = 8.3 Baht
Plug : Kalau plug Malaysia mata 3 sila bawa adapter. Dia mata 2 bulat dan empat segi tu je.
GMT : +7 lewat sejam dari Malaysia

Musim cuti lama-lama ni kita habiskan masa berjalan jela okeh? Kalau duit banyak lagi best sbenarnye...huu. Mau aku keliling satu donia!

Nak pergi Krabi ni dah lama dah. Sebab tengok ambil lesen menyelam kat sana macam murah! Dah rancang setahun dah, pastu duit Malaysia jatuh! Aku dah book dah! Cisssssssssss....! Mahal la jadi.
Patut dalam RM1400. Duit jatuh, jadi RM1800...haih haih. Takpe la dah book dh pun.

Harga dalam matawang sana 14,900 Baht untuk 3 hari course termasuk sewa peralatan seperti tangki oksigen, wet suit, mask, fins, pemberat tu, dan bot pergi balik ke pulau Phi Phi. Wei sini takde camera underwater la. Kena bawak sendiri, lupa nak tanye boleh sewa ke idok.

Sampai di Krabi jam 6 pm waktu tempatan, saya ambil taxi airport takut sampai lambat. 600 Baht tambang fix ke kawasan Ao Nang, masa dalam 40 minit. Shuttle bas juga ada, tapi lambat sikit dalam sejam macam tu.

Ambil pakej dari Aqua Vision Krabi. Dalam banyak-banyak diving school saya email, yang ni balas paling pantas. So, ambil yang ni lah. Mula-mula bayar half dari harga asal melalui PayPal. Sesampai di sana, perlu sign borang yang menyatakan kita sihat, dan macam borang keselamatan untuk naik bot. Esok janji dengan dia pukul berapa, cakap kita dok hotel mana, nanti dia pergi ambik.

Hari pertama, kelas dalam kolam aje. Kena berenang 200 meter non stop, kolam tu aku rasa 10 meter je, so kene pusing 20 kali. Hakak is pancit! Kemudian, kena apungkan diri dalam masa 10 minit tanpa bantuan ape2. Ko gile? Men tipu gak pegang kat tepi jap. Penat wei!haha..

Dalam kolam tu kami diajar bermacam-macam teknik dan isyarat keselamatan dalam kes-kes tertentu. Menarik! Cikgu sangat best dan penyabar, si cikgu Jeroen. Contoh kecemasan, dalam kes kita kehabisan oksigen di dasar laut. Ha, cuak tak?

Dah habis balik ke kedai dan tengok video ape yang kita belajar, pastu ada test sikit. Malam tu, aku makan kedai dekat tu je. Makan mi chambong. Sedap oi! Murah lak tu.40 Baht.hhehe

poyo-poyo depan kedai angkat equipment yang berat bak hang!
Hari ke dua masa untuk belajar di laut yang betul. Tapi kali ni pada kedalaman 12 meter je. Ni ha kau kene prektis apa belajar dalam kolam, di dasar laut betul. Konon-konon habis oksigen, pastu kene mintak kawan punye. Aku fikir nyawe terlayang-layang je bila bukak regulator tu (yang pakai kat mulut untuk bernafas). Ada 2 dive, lepas lunch atas bot. Kali ke dua aku lebih relax.

Lepas dive macam biasa, balik semula ada kelas tengok video, pastu test lagi. Memang belah petang after 4 camtu dah free dah. Gi la jalan mane nak.

Hari ke 3 kita nak selam dalam lagi. Kali ni test lebih extreme sikit, arus pun kuat, aku gelabah dah. Habis semua terbantut sebab aku.kekekek...kene pergi dalam 10 meter ke bawah, takda oksigen, kau naik, ha sekarang baju kau takde udara, mampuih nak kena tiup manual sambil kau apungkan diri, ni pun aku rasa nyawa terlayang-layang gak. Hahaha.. rasa nak blup blup turun ke bawah.

Hari terakhir baru aku sewa motor. Sehari (24 jam waktu) ada harga 200 baht, ada harga 250 baht, ikut la selesa. Aku sewa kedai tepi hotel, senang nak hantar balik kan, tapi kena bagi passport kita lah, tawakkal je.

Oh ye, kalau nak makan jimat, jangan makan along pantai Ao Nang, mahal nak mampuis, tak sdap pulak tu, lagi-lagi yang nama kedai Lemon ape ntah, Papan je besar. Pergi lah makan area berdekatan masjid nuh. Banyak sedap dan murah.

Jangan lupa beli penkek coklat ke pisang ke ape, sedap, ikut la nak taruk ape. Hari-hari aku bedal. 40 baht je harge.

Kelas diakhiri dengan tepukan dari semua atas bot. I am now an Open Water Diver! Tocey tocey!
wei kene makan qu puteh dah!

Macam biasa, diakhiri dengan upacara melompat! haha..kbai!












Thursday, December 3, 2015

Travel : Percutian Ekspress ke Singapore ( Universal Studios Singapore)

Assalamualaikum dan hello..

Lama tak tulis blog ni since takda aktiviti terkini, dan busy dengan semua urusan nak balik ke Malaysia. Haritu, aku bercuti secara laju-laju ke Singapore. Kenapa laju? Meh aku cerita...

Jeng jeng...

Kami bertolak petang ke Johor Bahru dari KL, sebab jam dalam KL, jadi bertambah la jam nak sampai ke Johor. Tiba-tiba pulak, dekat KM 120.5 lepas Yong Peng, tayar kereta pecah kau! Nasib kawan tu pro, terus bawa ke tepi. Punya la gelabah, sampai contact kawan kat Melaka suruh mai tengok. Ingat dekat ka? Then aku teringat kad tol PLUS. Kat situ ada contact number, call dan bagitau masalah dan kat km berapa, dalam 10 minit dia sampai. Cepat dan pantas! Syabas!

Paling tak boleh belah, time dia nak ambil spare tyre dalam bonet, tengok bonet bersepah penuh barang, dia tanya nak lari rumah ke? Hahaha ciskek betul!
ni cekonon pandai la ni..hahaha
Dah siap tu, pasang tyre spare, boleh bawa dalam 80km/j je. jenuh wei! sampai JB Danga Bay dalam pukul 1 lebih. Kami check in solat mandi tidur terus. Kelebihan duduk di Tunes Hotel Danga Bay ni, dia ada shuttle untuk ke Singapore! RM29 pergi balik. Boleh beli time tempah hotel tu, dan terus call ke Odyssey punya agent untuk chop tempat dalam bas. Better ambil pukul 7.30 punya trip. Kami silap tak call awal, dapat 8.30 punya trip, dan sampai Singapore 11 lebih camtu. Perjalanan campur jam campur Imigresen ke Singapore ambil masa dekat 2 jam.

Ok. Cerita pagi nya, kami check out terus, letak barang dalam kereta. Aku rasa safe juga park dekat Tunes Hotel tu, berpagar, dan ada pak guard. 8.30 pagi van kecil datang. Selesa juga. Aku ingat sampai ke Singapore naik tu. Rupanya dia hantar sampai tengah bandar, pastu naik bas 707. Dalam setengah jam kami tiba di Imigresen Malaysia. Sangat laju sebab pakai autogate. Then turun semula, bas tunggu sebelah sana. Macam tu juga sampai ke Imigresen Singapura, turun bas (kalau ada luggage bawa turun semua) yang mana ambil masa sikit sebab manual. Dalam 30 minit juga beratur. Lepas tu cari semula bas tu kat bawah.

Dah lepas tu bergerak lah ke USS di Sentosa World. Sampai tempat parking tu, naik lah escalator ke atas. Sampai lah kat globe USS tu.Ambil gambar puas2 ok. Kami bayar tiket pakai kredit kad ayah kawan tu, mastercard dapat discount 10 singapore dollar ok! So tiket jadi 64 singapore dollar instead of 74 dollar. Masuk tu aku cadangkan ambil peta dan pergi tempat jauh dulu. Biasa orang gerak dari entrance dan ke tempat jauh.

Balik tu patut kami pakai bas yang sama sebab dah beli pergi balik, tapi nak kejar kedai tayar punye pasal, kami kejar bas loceng kat tempat parking bawah tu. bayar 5 singapore dollar je. Drawback bas ni, lepas Singapore Immigration, berlambak orang balik kerja akan naik jugak, Dan lepas Imigresen Malaysia, dia stop sampai situ je. Jadi kami jalan ke arah stesen bas JB city centre dan tanya bas mana lalu Tunes Hotel Danga Bay. kena jalan sikit la. Bertolak pukul 6, kami sampai 7.30 ptg terus gi cari kedai tayar. Tutup dah! Cis. Okay takpe. Pastu balik la KL maintain kelajuan bawah 80km/j. hahaha jem pale wei slow gile. Aku rasa ni la jalan-jalan paling laju dalam hidup aku. Berlari wei! Layan gambar lah!

Total cost.

Minyak kereta share pergi balik = RM40
Tol share pergi balik = RM27
Hotel share 3 orang = RM49
Shuttle ke singapore pergi balik = RM29.10
Makan+beli jajan roti bagai = RM35
Tiket USS = RM180
Souvenir Singapore dollar 30 = RM90

Total = RM441.10
awal-awal tak ramai orang. dekat nak tutup lagi ramaii!


basah main air dekat jurrasic world tu...huu..
ni memula ada show tarian. pastu boleh bergambar dengan diorang. show start jam 5 kat sini







Sekian!

Love,
Si Mistik

Tuesday, August 25, 2015

Resepi : Hokkaido Cream Cupcakes Mudah

Assalamualaikum uols...dah lama tak jenguk blog. Sebab busy bekerja, sangat stress, baking dan masak pun jarang-jarang dah, penat teramatsss...~

Harini, scroll moments kat Wechat, ternampak la orang makan Hokkaido Cream Cupcakes. Punya la rasa perut keriuk keriuk ha, tertelan-telan airliur, walaupaun tak pernah tahu rasa dia macam mana.

Google punya google resepi, banyak pakai gram lah ape lah, tang tu malas tu, penimbang tarak. So, iols convert la sukatan sudu dan cawan atau ml.

Resepi Hokkaido Cream Cupcakes

Bahan A:
  • 3 biji kuning telur
  • 4 sudu besar gula castor
  • 60ml susu segar
  • 35ml minyak sayuran
  • 2/3 cawan tepung kek
Bahan B:
  • 3 biji putih telur
  • 5 sudu besar gula castor
Bahan C: (untuk filling)
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula biasa
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan whipping cream(optional)
Cara-cara:

  1. Panaskan oven ke 170 darjah selsius
  2. Pukul putih telur sampai bertanduk sambil masukkan sedikit demi sedikit gula (Bahan B). Ketepikan.
  3. Pukul kuning telur, dan gula kastor sampai pucat, masukkan susu segar dan minyak sayuran, putar lagi sehingga berbuih.


  4. Kemudian, ayak tepung ke dalam acuan kuning telur. Siap Bahan A.
  5. Masukkan 1/3 dari bahan B ke dalam bahan A dan sebatikan secara kaup balik. Ulang sampai habis.

  6. Masukkan adunan sampai 2/3 dari papercup. Biasa orang guna 4 segi, tapi I tara la..
  7. Bakar selama 20-25 minit dalam oven pada suhu 160 degree celcius dan biarkan sebentar sebelum dikeluarkan.

  8. Untuk filling cream dia, kacau susu segar, tepung kastad, gula dan esen vanila atas api sederhana sehingga likat. Biarkan sejuk seketika, kemudian masukkan whipping cream dan kacau sebati. Kalau masuk whipping cream tu lagi ringan dan gebu filling tu.

    Saya takde whipping cream, pun boleh, tapi terpekat pula :P
  9. Boleh la di paipkan ke dalam kek kastad tu pakai nozzle yang sesuai.
  10. Hiasi dengan gula aising yang di ayak dan buah kesukaan.
  11. Selamat makan !

Wednesday, May 6, 2015

Mem"Baking" Checkered Cake

Semenjak beli oven ni, makin galak aku membaking. Mula-mula memang suka pun dari dulu, tapi takde bakat, tangan keras. Pastu semenjak dua menjak ni aku rajin la search dan tengok video. Alhamdulillah hasil lagi okay dari dulu. Dulu macam budak 4 tahun je buat kerja kekdahnya. Comot gila. Inspirasi aku of course Kak Azlita Masam Manis . Tak kedekut untuk share ilmu. Aku banyak rujuk dari dia je.. Heee...

Mula-mula aku ni jenis yang tak sabar, tak boleh tunggu apa nak jadi nanti. Terus nak buat. Kek suam-suam lagi dah sapu icing. Haha..sekarang aku mampu tabah menunggu supaya hasil dia cantik :)

InsyaAllah dah habis study ni, merepat kat rumah berbulan-bulan, aku ingat nak cari rezeki la cari duit kawin sikit. Kalau kita buat elok, jual harga berpatutan, mesti orang beli. Aku bukan fikir sangat nak untung. Tapi setiap kali ada peluang tu, setiap kali ada orang putih kata room for improvement.

Ni harini aku buat checkered cake. Takde bahan khas pun. Aku potong je ngan pisau bulat-bulat ikut kertas yang dipotong bulat (walaupun tak perfect sangat) , tapi nampak la checkered dia tu lepas potong.


Ok, tu je. Kalau orang pro tengok kek aku ni, nangis je. Tapi sebab sendiri buat, rasa bangga pulak. Hahaha..Kbai!







Sunday, May 3, 2015

Resepi : Lasagna Mudah, Senang, Kepemalasan :P

Selamat berhujung minggu kalian. Patutnya harini tak kerja. Aku dah berangan plan nak masak kari hijau. Tapi, tak cukup staff la pulak. Kena pergi juga kerja. Hummm... Sabar jela noks. Ikhlaskan diri nak berkhidmat pada rakyat.

Lapar sangat balik tengah hari tu, godek punya godek, aku teringat ada terbeli lasagna. Ayam pun ada, cendawan pun ada, tomato pun ada. Jadi resepi hari minggu kali ni ialah Lasagna Ayam.

Preparation time : 30 minutes
Baking time : 40 minutes

Sementara bakar tu, boleh la golek-golek sambil berjemur bawah kipas. MasyaAllah panas nya India sekaranga ni. Mujur duduk sorang. Boleh buat gaya duduk tepi pantai gaya mat saleh.
Oppss...wakkaka.

terlupa lapik sauce atas sekali T_T

Resepi Lasagna Mudah


  • Lasagna keping- mestilah dia berkeping. Hahaha


Red sauce:
    • Ayam kisar 500g - sini takda ayam kisar, beli dada ayam kisar sendiri je.. :P
    • Sesudu besar minyak zaitun
    • Ready made Prego sauce ke, Arabiata ke, ikut la. Asal merah
    • Cendawan butang segenggam
    • Cili benggala / cili padi ke ikut la taste sendiri
    • Perisa : Garam, oregano, black pepper

Cara-cara :

    1. Mula-mula panaskan sesudu besar minyak zaitun, bubuh ayam, cili, garam, oregano, dan black pepper. Kacau sampai masak.
    2. Curahkan sos pasta ready made/ buat sendiri pun boleh, biar menggelegak seketika. Masukkan secawan air, kasi ada air sikit untuk tujuan masak lasagna.
    3. Biar menggelegak dan perisakan dengan garam.



White sauce : Boleh buat atau pakai sos alfredo cheese dalam tin kuning tu je

    • 2 sudu besar butter
    • 3 sudu besar tepung gandum
    • 500ml susu segar
    • 1 Kiub pati ayam kalau nak 
    • Cheddar cheese segenggam
  • Cara-cara :
    1. Cairkan butter, masukkan tepung dan kacau.
    2. Masukkan susu dan cheddar cheese dan kiub ayam
    3. Kacau sampai pekat dan ketepikan

Okay dah siap sauce kita. Jangan risau, nampak je macam rumit, tapi sebenarnya senang. Jom susun lasagna kita.

Panaskan oven pada 180 degree celcius selama 15 minit.

  • Oleskan olive oil pada bekas nak bakar.
  • Susun satu lapisan lasagna
  • Bubuh red sauce, ratakan.
  • Bubuh white sauce, ratakan. Nak tabur cheese pun boleh atas tu.
  • Lapik dengan kepingan lasagna lagi
  • Ulang bubuh red sauce dengan white sauce. lapik dengan lasagna pada lapisan terakhir
  • Jangan lupa bubuh lebihan white sauce atas lasagna terakhir dan tekan untuk padatkan dan kasi level air kuah tenggelam lapisan atas tu ( aku lupa part ni, garing lah lasagna tu... T_T)



Nota! Pastikan kuah red sauce tadi tenggelamkan lapisan lasagna itu untuk memastikan dia masak nanti.

Bakar pada 180 degree celcius selama 40 minit. Biarkan sejuk sebentar sebelum makan, Siap!

Saya nak pergi makan...hihihi..bai!

Wednesday, April 29, 2015

Ambil Lesen Motor di India

Assalamualaikum..selamat siang

Harini hari dapat lesen. Yahu! Padahal lagi 6 bulan je nak balik Malaysia. Tapi takpe lah, sebab aku berniat nak bawa balik motor, jadi kang takde lesen jadi masalah pula.

Senang sangat, dan murah sangat nak ambil lesen dekat India ni. Takde kursus-kursus sampai berejam-rejam macam Malaysia. Syukur lah.. Kalau tak ko cakap bahasa sini dalam kursus, mampuih jenuh aku nak mendengarnya.

Kos ambil lesen Rs 1500= lebih kurang RM80 :P

Masa : Lulus ujian lisan, dapat lesen L. Tunggu matang sebulan untuk test memandu, dapat lesen penuh. Pastu tunggu sebulan untuk dapat kad lesen

Kira 2 bulan juga la nak settle semua.

Ujian lisan pula, nak nangis rasa, sebab senang sangat!!! Hahahaha. Tak sampai 2 minit menjawab, tup tup dah dapat lesen L. Dia tanya road punya sign, pastu camana nak bagi signal tangan untuk ke kanan, kiri, untuk perlahan, dan untuk berhenti. Dah. LULUS!

Untuk dapat lesen penuh pula, lepas matang lesen L, pergi dekat macam JPJ ( Sini panggil RTO, Road Traffic Office), bawa motor sendiri, daftar, buat pusingan 8 sekali, buat tanda nak slow down dan berhenti tanpa kaki pijak tanah. Pastu dah, dapat lesen.

Pasni boleh la flip lesen dengan bangganya kalau kena tahan dengan polis. Oh ye, dulu aku selamba je kena tahan aku cakap tinggal kat rumah lesen. Kena saman RM 5. Ye...5 ringgit. Hhahaha.. sebab tu takda inisiatif nak buat lesen.

Ok sekian buat masa ni. Bye!

Tuesday, April 28, 2015

Resepi : Cream Puff Mudah Sedap

Assalamualaikum..

Haritu aku teringin sangat kat cream puff. Tengok kawan post gambar kat Instagram, mampu meleleh ailioq aja. Pahtu kawan aku cakap dia nak buat, jadi aku kata, okay, buatlah. Tunggu punya tunggu tak jadi. Cit...

Aku pun sediakan lah bahan untuk buat. Sebelum tu cari resepi dulu. Pastu aku olah ikut sedap esofagus aku je rase dia.

Mari kita terjah untuk resepi kali ini dari dapur Kokmi.kahkahkah




Resepi Cream Puff Mudah Sedap Gebu

Bahan-bahan:


  • 100 gram unsalted butter
  • secawan/240ml air
  • 1 1/4 cawan gandum atau 140 gram
  • garam sesudu kecil
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

  1. Panaskan oven 200 degree celcius
  2. Cairkan butter dalam air yang dipanaskan atas dapur sampai menggelegak, angkat dari dapur.
  3. Cepat-cepat masukkan tepung dan garam sambil kacau-kacau campuran butter dan air tu sampai rupanya jadi macam mashed potato.
  4. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan tambah esen vanila.
  5. Masukkan sikit-sikit sambil kacau adunan pakai seduk kayu/mixer.
  6. Masukkan adunan dalam piping bag
  7. Picit adunan ke atas dulang pembakar yang sudah dioles dengan butter
  8. Ambil sedikit air dalam mangkuk ke, celup jari dan calit sikit kat puncak adunan tu
  9. Ulang sampai habis
  10. Masukkan ke dalam oven suhu 170 degree selama 15-20 minit
Mula-mula jadi macam ni


Adunan tu nanti jadi camni ha...

Abaikan belakang tu bersepah..kuikui


Krim Kastad :

  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara :

  1. Letak semua dalam kuali, dengan api kecil, kacau sampai pekat dan berkilat, dan tutup api.
  2. Tunggu sejuk dan pekat. Masukkan ke dalam piping bag
  3. Picit dalam cream puff
Sedia untuk makan.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...